Pengikut blog saya :

Friday, 28 December 2012

Kisah Breastfeeding : deep freezer

Assalamualaikum..

saje nak update kisah penyusuan saya..
Alhamdulillah bulan 11 aritu..
berjaya dapatkan sebijik deep freezer..
untuk simpanan milk production saya..
dan Alhamdulillah rezeki untuk Amni sangat memberangsangkan..
freezer peties biasa pun dah tak muat..
nak tumpang peti umah MIL memang takde la..
peti dia pun penuh..
nak tak nak memang kena carik chest/deep freezer ni..
kebetulan turn dapat kutu bulan 11 tu..
so cepat2 la sambar DF ni..
kalau tak salah DF ni dibeli pada tarikh 11/11/2012..
dan sampai kerumah pada 12/11/2012 kul 10 malam okehh..

beli brand Butterfly ni sebab dapat suggestion dari tokei kedai letrik tu..
masa survey2 tu nak amik brand Faber..
tapi tokey tu suggest yang ni memang hot sell dan bagus jugak..
harga plak murah RM650.. saiz 150L..
kalo faber tu kecik lagi.. 100L harga adalah sama..
so berbaloi kann...??
lagi kelebihan dia.. ade roda.. so senang nak alih2kan..



ni lah rupe dalam fridge tu..
besar kan.. memang puashati..
ni gambar sebelum susun betul2 susu2 tu..
dalam plastik putih stok bulan 10..
selebihnya stok bulan 11..




setakat hari ini..
saya masih gunakan stok bulan 10 lagi..
yg terkini baru2 ni saya susun2 fridge tu..
dah kumpulkan stok bulan November adalah sebanyak 95 ketul..
yang bulan Disember ni lak..
tak sempat lagi nak susun..
separuh dalam freezer peties lama..
separuh lagi dah transfer dalam ni.. 
tapi tak susun ikut tarikh lagi..
takde masa la nk buat...

sebagai kenangan..
setiap hari saya buat 4 kali sesi pengepaman..
1 dirumah awal pagi, 3 di opis
hasilnya setiap hari lebih kurang gini :
6.00 am = 8 ke 10oz
10.30 am = 7 ke 9 oz
2.00 pm = 5 oz
5.30 pm = 5 oz
untuk weekend & public holiday.. 
semua jadual tu adalah berubah..
pam sekali jek.. kul 6-7 am.. hehe..
dapatlah 10-12oz.. paling byk 14 oz..
sebabnya byk direct feed jekk...
takpe tak gitu ehh..?

untuk pengepaman sesi pagi saya akan bekalkan susu fresh sebanyak 3 oz..
selebihnya 5oz - 7 oz disimpan..
so purata yg disimpan adalah 22 oz..
9oz saya bekalkan esoknya..
dan selebihnya saya buat stok frozen EBM..
dapatlah lebih kurang 4-5 botol stok frozen..

setiap hari saya bekalkan amni  :
1 botol x 3oz - fresh milk
3 botol x 3oz - susu pam semalam
2 botol x 3oz - frozen EBM yang dah thaw.

biasanya amni hanya minum 4-5 botol sahaja..

ok lah takat ni sahaja catatan perjalan breastfeeding my baby Amni untuk kali ini..
nanti nak update cara saya labelkan susu utk tinggalkan kt umah MIL pulak...
untuk rujukan next baby.. hehe
daaaa....

Thursday, 27 December 2012

Kisah Amni : untuk si kecik..

Assalamualaikum..

cuti umum selasa lepas..
kami semua buat rutin bulanan kami..
soping barang2 umah kat Carrefour dekat ngan umah tu..
tu jekla masa untuk kami bawa budak2 ni berjalan..
tapi ke satu tempat tu ajekla..
sian dorang.. sabar ye anak2..
nanti mama & abah dah ade bajet lebih kita gi jalan2 jauh skit..

sebelum naik ke K4 tu kan ade byk booth2 jual baju la menda2 lain lg..
so saya pun usha satu kedai ni.. 
jual brg2 baby..
memang ada niat pun nak cari stokin yg comey2 utk si kecik Amni ni..
tp tgk kasut kait2 tu comey gile plak..
abah dia pun suggest belikan kasut jekla..
asik beli stokin jekk..
pehtu jumpa topi baby plak..
ape ke nama dia.. beanie kan??
sambar satu sebab rm10 jekk..
lagipun memang dah lama carik topi ni...
kt K4 belikan pulak baby toys ni..
teether kn nama dia..
sbb dak kecik ni sgt suka makan tangan dia sekarang ni..
since dia pun tgh blajar nk pegang barang..
so belikan benda ni utk dia belajar pegang & 'makan' hehe..

ni lah rupe dak tecik pakai topi ni..
saya suke tgk kalo baby-baby pakai topi gini..
sangat cute... 
malam tu dak tecik kena paksa tido ngan beanie ni..
lupa lak nk amik gambar ..
nasib baikla member ni tak pandai nk mencabut lagi...
so dia redho jekla..




Wednesday, 26 December 2012

Kisah Aisy : Ready for school - episod 1

Assalamualaikumm..

malam tadi keluarkan semua brg2 sekolah Aisy..
yang dah dibeli 08/12 lepas..
kumbah2 nk tgk ape yg tak cukup..
pehtu nak basuh membasuh ..
kiranya nak siap sediakanlah segala keperluan sekolah dia..
nilah barang2 skolah dia..
semuanya dah lengkap...


baju + seluar (sekolah kebangsaan) - 2 pasang (mcm kena tambah lg 1 bj dia nih..)
baju melayu (sekolah agama) - 2 pasang (x enteprem pulak dlm ini gambar - lupa keluarkan)
kasut - 2 pasang
stokin - 3 pasang
talipinggang - 1
beg - 2 (1 sekolah pagi, 1 sekolah agama)
spender - 5 helai (huhuhu masuk list jugak ehh..- aisy kata sependa ni tak yah la masuk dlm gambar)
alatulis - 2 set
botol air - 1

baju2 sekolah dia tu beli kat AEON aka JUSCO..
beli brand campur2..
kitorang mix n match kan..
seluar - brand Canggih
baju - brand Alpha Kid..
motif begitu?? - seluar canggih murah.. tp baju mahal
baju Alpha Kids murah seluor pulak mahal..
so mix n match la kn..
mix n match pun dh seragam skolah tu jekla kaler nye pun
biru & putih..
beg x mampu acik nk beli kt Jusco tuh..
beli kedai biasa jek...

yg kat bawah ni pulak buku2 yg dh siap dibeli kat koperasi sekolah hari yg sama..
lps dh beli ni baru dapat tau sepatutnya amik list jek kt skolah..
then carik sendiri kt kdai buku kt luar..
sebab rege lg murah dr koperasi..
opismate yg dah ade anak sek bagitau..
mm takpela utk memula ni tak tahu lg kan..



fail2 sekolah termasuk fail UPSR..
sebab lps ni kan UPSR dah tukar format..
60% penilaian periksa 40% penilaian dlm kelas dari darjah 1-6..
ke terbalik gitu lah...


ok sume barang pun dah ada...
perkara seterusnya yang kena buat..
1.tulis nama dekat buku2 dia..
2.jahit lencana..
3.hantar jahit seluar dia kasi pendek skit.. (takleh potong takut dia meninggi nanti..)
4.basuh dan gosok semua baju2 tu..
5.pegi daftar van sekolah
6. pegi daftar sekolah agama...
7.orientasi sek keb - 31/12/12
8.orientasi sek agama - 01/01/2012

mmm selesai dah kot..
sekolah dah anak den...
cepatnya masa berlalu..
segar sangat2 lagi kenangan ngandungkan & lahirkan dia..
dh masuk skolah dah..
ape pun anakku..
"selamat maju jaya dalam ape jua yang along lakukan..doa mama sentiasa mengiringi perjalanan hidup along.."


to be continue...
sambung cerita orientasi nanti kot..

Thursday, 20 December 2012

Kisah Kerja : Satu kehilangan

Assalamualaikum...
semalam 19/12/2012 hari syahdu kami2 di opis ni..
hari kami kehilangan boss yang paling berwibawa..
a very2 great leader..
boss kesayangan & kebanggaan kami2...
hampir 3 tahun bersama beliau..
terlalu banyak ilmu dan pengalaman berharga yg saya dapat...
terlalu berterima kasih saya pada beliau ..
kerana beliau memang seorang boss yang paling saya kagum..
kerana beliau sy dpt merasa apa itu naik pangkat..
kerana beliau sangat menghargai setiap kerja yang saya buat...
walaupun adakalanya saya melakukan kesilapan...
tetapi teguran beliau tidak pernah buat saya rasa sakit hati..
teguran yg sangat2 memberi kesan untuk saya improvekan diri saya..
mmmm x tergambar dengan kata2 dah kot..
betapa saya menghargai beliau...
dan sangat2 merasai kehilangan beliau..
saya rindu... saya masih ingin untuk terus berada di bwh naungan & jagaan beliau..
tapi apa lah daya saya ...
ok lah rasa dah tak mampu untuk menaip lagi...
sayu, sebak, rindu semuanya bercampur..
apa2 pun Selamat Maju Jaya buat boss dan kakak kesayangan saya..
Pn Norlela Ahmad..


Wednesday, 19 December 2012

Kisah Info & Ilmu : ADAKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR ??



 
Adakah susu ibu boleh tercemar?

Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.

Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar?

Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril

payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.

Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut

Susu ibu basi?

Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju.
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..

Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.

Susu ibu boleh bertukar warna

Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

PETIKAN : WANITA HARI INI

Tuesday, 18 December 2012

Kisah Amni : saya dah terer

Assalamualaikum...

esok 19/12 genaplah usia Amni Nur Qisya saya 4 bulan..
sekejap je masa berlalu..
rasanya baru jek lagi meneran keluar sikecik ni atas tilam di pagi raya..
nak cerita pengalaman bersalin kt umah ni x smpt2 lagi...
pengalaman paling menarik n havoc sekali...
nantilah... bila gambar2 dr fon en shamz dh dpt...
akan kuceritakan..
ape pun setakat ni Amni dah terer meniarap...
terer sejak last week lg...
skrg ni dh agak susah le nk pakaikan pampers dia....
letak kejap nk pusing....
pehtu ms baru2 dia dpt meniarap tu..
xmau tido sampai puku 1 pg gak..
saya ni dh telelap2...
dia x tido2 lg...
asik nk meniarap jek kejenya..
sampai agaknye dh rasa penat barulah dia merengek.
kejutkan mama dia nih....
sbb bila dh meniarap dia belum pandai nk pusing balik...
kena org tolong pusingkan dia..
ehh.. kira belum terer lagi lah ni kan..??
blur lah pulak gambar2 meniarap dia nih...
kena amik lain nih..
mcm boy kan dak gegirl nihh...







Monday, 17 December 2012

Kisah Auni : metik-metik

Assalamualaikum n morning...
1st cerita psl kakak Auni...
si kakak ni sangat rajin tau..
tambah2 bila beliau dpt byk buku2 dr makcik2 beliau..
kisahnya.. dak ni sebok nk skolah thn dpn ni...
tp mcm too early pulak...
so skolah secara x formal jekla...
belikan buku2 suruh dia buat.
so far saya tgk bab kaler2 dh ok sgt bg bdk 3 thn ni.. 
kemas kalernya n xde keluar2 garisan..
no 1-10 pun dia dh kenal..
and dah pandai nk bilang2 1-10 tu..
ABC pun dh byk huruf dia kenal...
bab tulisan jek masih lemah...
tapi yg mama nampak dia lebih berminat dgn metik-metik kata dia..
metik2 tu matematik la... hehe
ni ha gbr semalam masa dia tgh buat metik2 dia tu..





comel ngat aihhh sebut metik2..
ni buku2 yg makcik dia kt kg bagi...
siap dpt beg skolah 1 + pencil kaler..
kt umah uwan pun ade buku lain makcik belah abah dia bagi pulak..
so xyah lah nk usung2 beg buku2 dia pegi balik hari2..