Pengikut blog saya :

Showing posts with label Kisah Mar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Mar. Show all posts

Thursday, 7 August 2014

Kisah kami : Penangan raya

Assalamualaikum..

sebelum tu masih belum terlambat untuk mengucapkan ..
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN"

nahhh..gambar raya kami dalam tema salmon pink..


santek takk.. santek takk..??

gambar kat bawah ni plak cerita hari selasa..
ni kes penangan raya..
sakan sangat keww beraya..?
sampai kena hambik gas 2 beranak nihh..


hadoilaaa.. 1st time mak kena amik gas...
batuk sampai ketat dada..
si kecik tu x heran le.. dah biasa sangat..
banyak minum ais ke?? x pulak rasanya..
minum air manis pun berpada2..
tapi dah nama beraya.. pegi mana2 sume pun hidang air manis..
nak ngan taknak je minum kan..
dapat mc selasa aritu..
sebab symptom2 demam tu ada..
kepala sakit ya amat dari isnin tu..
badan pun ketat2 jek rasa..
actually ahad tu beraya sakan ke seremban..
sebelum balik terus KL..
sampai umah kul 6++ dah rasa lain macam badan ni..
tapi isnin masih gigihkan diri..
sama la ngan si kecik ni..
malam tu try bakar bwg putih .. picit2 n campur baby oil..
sapu kat dada, tapak kaki & betis dia.. tp mcm xde effect je...
so selasa decide gi klinik sbb nampak nafas dia makin kencang..
skali lepas neb ngan mama tu..
doc kata dada dia masih ketat.. kena buat 4 jam skali..
dah mama pun x sihat.. doc bg mc..
tapi kena bwk amni amik neb pukul 1 & pukul 5 ptg..


redha dan pasrah je budak ni..
rilek betul sbb dah biasa sangat kot..
siap pegang sendiri corong tu..
tu cubaan nak buat peace tu.. tp jadi high 5..
boleh la dik..
mama pulak sebak tgk ketabahan dia..


 
yang ni gambar petang pukul 5..
sampai2 terus nk nak duduk atas kerusi sendiri..
n terus pegang corong sendiri..
siap silang kaki ko..(abaikan mak mok sebelah tu ye)
tapi x lama pun.. dah agak2 bosan.. mula la x berdiam..
siap ade adengan menangis lagi..
pehtu ugut2 skit nanti doc cucuk tangan.. diam lah kejap..
time ni kakaknye ada.. dia lah yg tolong amik gambar n pujuk2 adik dia..
gitula amni saya.. lasak kemain..
lepas selesai neb cek doc.. 
doc kata dah ok dada dia..
malam x yah datang dah..
tapi kalau pagi nampak nafas dia sempit..
bawakle lagi..
tapi Alhamdulillah menjelang pagi esoknya dah beransur baik..
cuma masih tak mahu minum susu..
membazir aje buat kata uwannya..
balik2 je mama ni.. mmg neneng la dia carik dulu..
lps dah settle neneng siap cakap gini lagi,..
"aaahhhhhh...mmmm dapnye t*t*k ni.... "
aduilah  anakkk..

Thursday, 19 December 2013

Kisah Saya & En Shamz : Dilanggar

Assalamualaikum...

kejadian pagi ini..
on the way ke opis..
dilanggar oleh sebijik Triton milik seorang cino..
camne bleh kena langgar..??

nak jadik cerita lah kan..
dekat traffic light ke 2 dari simpang rumah..
masa sampai tu tgh lampu merah la..
tak lama pehtu hijau dah..
asben i pun nak jln le kan.. tetiba x jln plak..
rupanya lupa nak masuk gear sbb b4 tu free gear lah kan..
(betul ke ni eh...?acik ni x tau psl motor langsung yang tau bonceng yo..)
sekali tekan2 gear mati plak enjin,.. motor lain dah berderu2 jalan ni..
masa nk start enjin tu tetiba..
BAMMMMM..!!! dari blakang..
motor tumbang dan laki acik pun jatuh agak berguling skit..
tapi yang acik heran tu.. acik ni relaks jo..
pehtu penat plak pikir..
apsal aku ok jek ni..? cemana aku jatuh tadi..??
macam tak sedar je..
tapi yang I tau.. I berdiri elok jek..
siap tanya laki I tu.. "ok tak ni bang"..
sebab nampak laki I mcm muka sakit jek..
ade lak 2-3 motor yang benti .. 
tolong angkat motor..dan angkat asben bwk ke tepi..
laki I kena papah jugak u oll..
yang I ni sebab ok jek kan..
I pun kutip selipar laki yang tercampak tu..
nasib baik cino langgar tu turun jugak la tgk..
mau tak turun... 2-3 motor yang tolong tu..
dah jeling2 & sound2 cino tu..
pehtu cino tu park keta kat tepi dan say sorry to my hubby berpuluh kali..
sambil hulur rm20 kat laki I..
laki I kata "20 hengget je u kasi.."
wahhh bang sempat lagi ko demand ye bang..
hahaha..mau tak demand kalo gi klinik paling koman rm30 kena byr..
nak gi betulkan no plate yang patah tu lagi..
cino tu pun ckp nak bwk klinik la.. sambil say sorry lagi..
dia cakap dia memang ingat yang kitorang dah gerak time tu sebab tu dia jalan..
asben I jawab.."mana ade klinik bukak lagi time2 ni.."
tapi time tu cino tu dah kuarkan rm50
uiiii cepat jek laki i sambar..
hehehhe.. jahat tul bini mu ni bang..
cino tu nak tgk ape kecederaan laki I.. 
so laki I pun singkap seluar tunjuk lutut kanan dia yg luka tu..
alaahhh skit je luko eh.. berdarah pun tak..
macam tersagat jek gitu.. seluar pun x koyak..
hahahha jahatnye I..mentang2 ko OK ye nyahh..
tapi tau sakit jugak tu.. 
dengan tangan kanan dia kat jari kelingking tu pun rasa sakit gak..

lepas dah tengok tu cina tu pun gerak..
dengan agak terkial2 asben pun naik motor..
yang I ni asik la tanya.. ok ke bang.. ok ke bang..
dalam hati ni.. kalo tak ok jom kita balik bang....hahaha..
pehtu asben kata ok je.. nanti gi klinik kat opis jo..
yang motor2 yang tolong tu semua gerak dah lepas bwk kami ke tepi jalan..
sebab dorang tengok kami berdua ok dan luka pun tak teruk..
tapi I sangat lupa untuk ucap terima kasih pada yang tolong kami tu..
ye la dlm keadaan berdebar2 gitu kan.. semua pun x ingat laa..
ape pun TERIMA KASIH pada semua yang tolong tadi..

lepas dah jalan tu.. asben benti pulak kat petronas..
nak pam tayar pastu cuci2 luka skit..
lepas tu asben cakap.. 
"abang pelik ni.. cemana ayang bolek ok .. yang org ni tergolek bagai.."
dia rilek jekk..
I pun cakap.. "sama lah ni.. penat pulak pikir cemana ayg boleh ok jek.."
pastu kami pun bantai gelak..dan teruskan perjalanan mcm biasa..
atas motor un pikir lagi ni sambil senyum sensorang..

terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan kami berdua..
aku bermohon semoga Kau sentiasa melindungi kami berdua..
sepanjang perjalanan pergi dan balik kerja kami..
sesungguhnya hanya pada-Mu aku memohon dan berserah Ya Allah..

itulah risikonya motorcyclist ni..
harap2 xde lah lagi kejadian buruk ke atas kami.
 
Buat anak2 yang mungkin nanti akan terbaca entry ini..
semoga anak2 mama menghargai susah payah mama & abah mencari rezeki..
demi kelansungan hidup kita.. terutamanya demi kamu ..anak2 kami tersayang..

aminn..

Monday, 19 August 2013

Kisah Amni : Happy Birthday my Amni Nur Qisya

Assalamualaikum..

hari ini 19/08/2013 my Amni dah pun genap setahun..
kalo ikut tahun Hijrah.. dah cukup setahun 1 Syawal 1434 aritu..
sangat2 sekejap rasanya Amni cukup setahun..
rasanya masih baru kejadian bersalinkan dia di atas tilam tido..
pagi 1 Syawal 1433 yg lalu..
selepas keluarga suamiku kehilangan maklangnya pada 29 Ramadhan..
sehari sebelum kelahiran Amni..
sungguh tak disangka2 2 kekecohan berlaku dalam Ramadhan dan Syawal tahun lepas..
1 kelahiran dalam 1 kehilangan..
1 kegembiraan dalam 1 kesedihan..
mereka kata Amni adalah pengganti pada yang pergi..
kebetulannya.. yang pergi anak ke-3 dalam adik beradik ayah mertuaku..
yang lahir juga anak ketiga dan kedua-dua nya perempuan!!.
sebelum2 tu memang ramai yang katakan..
"ntah2 pagi raya dah sebok nak keluar ni baby tu".. 
walaupun daku berdegil maklumkan due date adlh seminggu selepas hari raya
26/08/2012.. dan ku katakan tarikh lahir baby ni pun mesti tepat atau hanya awal 2-3 hari sahaja..
tapi mulut2 mereka memang masin.. hahaha..
maka kelahiran Amni adalah sentiasa menjadi buah mulut makcik pakcik asben bila balik kampung..
memang takkan penah lepas dari mulut..
setiap kali balik kampung mesti cerita bersalin ni akan keluar..

ok lah.. kat bawah ni adalah cerita penuh kelahiran Amni.. 
yang sepatutnya cerita ini ingin dihantar ke Pa&Ma dalam ruangan ragam bersalin
agar menjadi kenangan yang sangat indah dalam sejarah kelahiran anak2ku..
tapi sampai sekarang tak terhantar2 lagi.. sebab duk menunggu gambar2 dari hanphone suamiku..
Insyaallah ada kelapangan akan dihantar juga..
so jika sanggup membaca silalah baca..
yang bertanda merah adalah tambahan khas untuk blog ini..



Kecoh pagi raya.
Kepenatan setelah membantu menyiapkan bahan-bahan untuk kenduri tahlil arwah makcik suami yang meninggal pagi hari terakhir Ramadhan membuatkan mata ini tidak dapat kulelapkan. Rasa gelisah dan aku  merengek-rengek dalam dakapan suami sehingga suami pun terlena, tapi aku masih terkebil-kebil cuba melelapkan mata sambil berfikir bagaimana hari raya yang akan menjelang esoknya bakal disambut oleh keluarga suami atas kehilangan makcik disaat semua sedang bergembira.
Dalam berfikir terlelap juga mata ini tapi tidak lena, asyik terjaga. Kira-kira jam 4 pagi aku terjaga kerana rasa sakit perut memulas seperti mahu buang air besar, lantas kukejutkan suami untuk temankan aku ke tandas. Selepas itu mataku kembali tidak mahu pejam. Macam-macam lah yang ada difikiran, tetapi bab akan bersalin tidak langsung aku terfikir kerana tarikh aku dijangka melahirkan anak ketigaku adalah pada 26/08/2012 kira-kira  seminggu lagi. Sementelah kedua-dua anakku sebelum ini dilahirkan mengikut tarikh jangka lahir yang tepat dan kerana itu aku sangat yakin anak ke-3 ku ini juga akan dilahirkan mengikut tarikh yang diberitahu oleh doktor.  Dalam setengah jam berikutnya anak sulongku pula meminta aku menemaninya ke tandas dan aku turut membuang air kecil namun tiada langsung tanda-tanda yang aku akan bersalin pagi ini seperti tanda darah mahupun turun air, cuma ketika itu perutku terasa memulas, tetapi aku sangkakan perutku angin kerana minum kopi susu malam tadi. Kembali ke tilam tetapi masih mata ini tidak mahu lena, dan kurasakan sakit perut itu semakin kuat namun kubiarkan.
Jam 5 pagi aku merasakan perutku semakin sakit & senak. Sehingga jam 5.15 pagi, aku mula terfikir ini adalah “contraction” kerana sakit yang sekejap reda sekejap sakit. Aku mula mengira sela masa “contraction”  itu, memang tak sampai 5 minit dan sudah semakin kerap. Aku kejutkan suami dan memberitahu “ bang.. rasanya ada contraction la..”  suami yang masih mamai bangun dan terpinga-pinga bertanya  contraction tu apa??” dah masuk anak ke-3 pun masih tak tahu apa itu contraction? Aku yang dalam kesakitan rasa nak tergelak tapi disebabkan sakit yang makin kuat aku hanya mampu mengerang. Kelam kabut suami bangun mengejutkan makcik-makciknya untuk tanya  hospital  mana yang paling hampir antara 2 hospital terdekat di kampung itu (Hospital K. Pilah  atau Hospital Jempol. Maksu maklumkan Hosp K. Pilah sebab kat situ ramai pakar). Setelah suami turun semula aku dah pun berada dalam keadaan merangkak menahan sakit  dan aku merasakan sudah mahu meneran keluar bayiku.
Aku pun berbaring dan dalam keadaan bersedia untuk melahirkan sambil menyatakan terasa mahu membuang air besar. Waktu ini keadaan sudah kelam kabut kerana semua saudara mara yang berada di rumah itu sudah bangun dan telah mengelilingi aku yang sedang bersedia untuk melahirkan. Aku memanggil suami untuk melihat ke bawah kerana merasakan kepala bayiku telahpun berada di pintu rahim. Dalam keadaan cemas suami telah memanggil makciknya kerana waktu itu rambut bayiku telah pun kelihatan (dan masa tu aku sempat bgtau asben supaya mencabut spender ku- hahaha sebab rasanya baby dah nak keluar sangat). Sempat membasuh tangan dalam keadaan kalut dan  maksu pun terus bersila dan menghadap aku. Sebaik sahaja maksu duduk air ketuban ku terus menyembur ke arahnya dengan diiringi kepala bayi yang telahpun ku teran keluar. Kemudian aku meneran untuk kali kedua dan terasa meluncur bayi perempuanku keluar dengan disambut oleh maksu sebagai ‘bidan terjun’ di atas tilam tidur kami sekeluarga tepat jam 5.40 pagi 1 Syawal 1433 yang mulia. (masa ni maksu minta suami ambil kain, tetapi sebab kalut suamiku hanya mencapai towel kami yang tergantung di pintu bilik sebelah, maksu campakkan balik towel tu dan minta kain bersih.. hahah sebab kalut suami ku jadi kelam kabut, aku pun arahkan suami untuk ambil napkin bersih dalam beg yang telah disiapkan utk di bawa ke hospital)Setelah maksu membersihkan hidung dan mulut bayi dengan kain lampin terdengarlah tangisan bayi kami yang diberi nama Amni Nur Qisya  di subuh syawal yang hening (ketika ini suami dah menangis sambil memeluk dan mencium aku, sangat syahdu di pagi raya). Kelahiran yang disaksikan oleh 2 orang anakku serta saudara mara suami. Kata mereka kelahiran ini umpama patah tumbuh hilang berganti.
Setelah itu maksu meminta aku cuba meneran keluar uri sambil suamiku menekan perutku (sebenarnya uri ni aku yang tanya pada maksu cemana ngan uri, tu yang maksu suruh aku cuba teran utk keluarkan uri dan suamiku menekan perut). Alhamdulillah uri pun selamat aku keluarkan hanya menunggu kedatangan jururawat desa untuk proses seterusnya. Sambil menunggu kedatangan mereka, maksu meminta aku untuk menyusukan bayiku. Aku mengambil bayiku yang telah dibalut dengan kain lampin dan dalam keadaan tali pusat yang masih belum dipotong lalu aku susukan, Alhamdulillah bayiku dapat menyusu buat kali pertama dengan jayanya (ketika ini pula suamiku menelefon mak ku dan maknya memberitahu aku dah bersalin atas tilam je.. memberitahu sambil menangis-syahdu lagi..). Sepupu suamiku telah diarahkan sebelum itu untuk ke klinik desa memberitahu jururawat desa semasa keadaan kelam kabut. Lebih kurang dalam pukul 6.00 pagi 3 orang jururawat desa (bersama ambulans) sampai dan membersihkan bayi dan juga diriku. Jururawat maklumkan kami berdua perlu di bawa ke hospital untuk jahit luka bersalin dan proses pemantauan kerana bersalin di rumah. Sementara kami dibersihkan suamiku bergegas ke rumah Tok Imam untuk membayar zakat fitrah buat sikecil kami. 3 orang jururawat desa dan pemandu ambulan juga sempat beraya di rumah itu sebelum kami di bawa ke hospital (atuk suami yang terlantar sakit juga dan juga sedara mara yang ada dirumah tu dapat menyaksikan Amni 'fresh from the oven' setelah dibersihkan dan sementara menunggu pemandu ambulan dan misi2 3 org tu selesai menjamah mknn raya dan Alhamdulillah selepas kelahiran itu aku merasakan sangat tenang sampai boleh terpikir tentang uri dan mengingatkan suami banyak perkara ctnya kain lampin yg ada dalam beg tu lahh..). Jam 7 pagi aku dan sikecil dibawa ke Hospital Jempol menaiki ambulan (sambil diiringi oleh ibu mertuaku yang memegang Amni, juga suamiku yang membawa adik & adik iparnya ke hospital menaiki kereta kami, ketika dalam ambulan masa tu ambulan baru sahaja bergerak keluar dari simpang rumah uwan, aku teringat ic dan wallet tidak ku bawa dan terus memberitahu misi yang mengiringi dalam ambulan tu. Misi tu berikan handphonenya utk aku hubungi suami dan minta ambilkan IC untuk proses di hospital nanti - TQ misi), pengalaman pertama dan sangat menarik bagi aku.
Dalam perjalanan ke hospital aku menyaksikan orang ramai ke masjid untuk menunaikan solat hari raya, terasa macam-macam perasaan bercampur baur ketika itu. Sampai dihospital jam 8 pagi lukaku dijahit dan kemudian kami berdua dimasukkan ke wad. Terpaksa juga bermalam di wad untuk proses pemantauan. Begitulah kisah kenangan bersalin paling menarik bagiku.(kerana kelahiranmu nak 4 orang tidak solat hari raya tahun tu.. hehehe..)

tibalah masa untuk kami berdua ditinggalkan dihospital untuk proses pemantau.. hatiku rasa sangat sebak dan airmata ini tak henti mengalir.. sebenarnya mengenangkan 2 org anak yang ditnggalkan.. sebenarnya masa ambulan mula bergerak.. aku dah mula menahan sebak melihat Along & Kakak Auni melambai daku.. kesian anak2 ku beraya tanpaku hari raya tu..

ni ha serba sedikit bukti dan gambar2 yang Amni adalah dilahirkan dirumah..

masa misi sampai Amni tengah menyusu.. misi tengah potong tali pusat..



semasa sedang dibersihkan.. org tgh syok2 nenen kena amik jap... melalak lah beliaukann..


 kena suntik nihh.. x tau suntik apa..

misi ni sedang mengerjakan uri..


diazan dan diiqamatkan oleh abahnya dengan linangan airmata.. 





sorang bersihkan uri sorang lagi ambik info bersalin tu.. berapa ML darah yg hilang.. x dapekk dohh.. sume darah meresap dlm tilam.. so dia anggar2kan ajolah.. tanya kul bape lahir n segala info berkenaan kelahiran ni lah..




1st day at Hospital.. selepas abah datang semula melawat kami bersama  kakak auni petang tu.. sebelum tu hanya kami berdua dalam ward dan misi2 bertugas sahaja.. punyalah bosan.. dah petang nak ke mlm barulah ada 2-3 org yg masuk tu pun bkn bersalin semuanya masalah di awal pregnant cuma 1 je yang bersalin tgh mlm tu.. duk selang 1 katil dengan kami..
masa nampak kakak auni datang dengan bertudung.. hati rasa tersentuh sangat.. dah jadi kakak rupanya anak manja mama ni.. tak sedar airmata meleleh jugak..along x ikut sebab nak ikut pakcik makciknya beraya nak kumpul duit raya katanya..abah n kakak stay sampai petang sebab petang tu mak & ayah dan semua adik beradik ku datang melawat daku n baby.. takde pulak lah gambarnya.. family belah suami memang takde siapa yang datang sebab semua sibuk nak uruskan majlis tahlil untuk arwah maklang..


tilam tidur kami yang kami alas semasa kelahiran ini.. sayu tgk gambar ni.. xde kenangan dah tilam bersalin ni.. tapi tak boleh diselamatkan sebab darah + air ketuban terlampau banyak di tilam ini..





day 2.. tunggu masa nak balik.. posing2 dulu dengan along.. kakak n maksu Diba.. patutnya dah boleh keluar kul 11++ lg.. tp misi suh tunggu sebab ada  lawatan dari 1 parti politik.. misi kata thn lps dpt hamper besar...tp yg kami dapat heheheh.. hanya 1 beg mcm goodies org kawin jeww... ada air kotak & kepek ubi jekk..den x boleh mkn pun.. cam penat jek tunggu.. kul 3++ gakle sampai kg asben balik..

so itulah kenangan setahun yang lalu.. nanti sambung cerita Amni setahun dan cerita potong kek raya aritu sempena genap setahun tahun Hijrah..entry ni dah terlalu panjang..

dengan itu daaa...

Wednesday, 10 July 2013

Kisah kami : Salam Ramdhan & update susu

Assalamualaikum..





dikesempatan ini daku ingin mengucapkan..
Selamat menjalankan ibadah puasa pada semua yang mengenali daku..
semoga segala amalan kita diterima dan diberkati Allah sentiasa..

puasa kali ini dalam keadaan masih menyusukan baby Amni..
tahun lepas Alhamdulillah dapat puasa penuh sebab pregnant..
tahun ni tak dapat la.. sebab dah period kan..
memang pesen subur bebeno gamaknya..
genap baby 4 bulan period pun turun..
takpela.. yang penting masih dapat menjalani Ramadhan kali ini..

rutin seperti ramadhan2 yang lepas..
bangun seawal jam 4.30 pagi untuk siapkan menu sahur..
tapi Alhamdulillah takde la rasa ngantuk sangat..
sebab sebelum ni pun memang dah bangun kul 5 pagi tiap2 pagi..
so mcm dah jadi rutin lah kan..

sepanjang prepare for sahur tu..
ku minum air kosong sebanyak mungkin
tambah makan kurma untuk cukupkan 7 biji..
kiranya takde lah kena telan sekaligus kurma tu 7 biji..
dari start bangun sambil2 tu ambil sebiji sebiji..
sampai abis sahur cukup lah kan..
lepas tu makan nasi dan minum horlicks + oat..
semua tu untuk tenaga dan bekalan susu anakanda tercinta..
last sekali minum air kosong segelas selepas membaca surah al-kautsar
baca selawat 3 kali pastu doa mohon pada Allah
hilangkan rasa lapar dan dahaga..
dan  perbanyakkan susuku sepanjang bulan ramadhan ni dan seterusnya lah..amiinnn..
Alhamdulillah berkat amalan tu badan tak rasa lesu.. segar jek rasa

update susu plak..
Alhamdulillah.. masih banyak rezeki untuk Amni..
pam 2 kali hari ni kat opis dapat le 10.5oz..
kenapa 2 kali..?? hehe sebab terleka pam untuk pukul 2 tu..
kalau tak mesti bleh dapat 12 ke 15oz..
esok tak boleh ngelat..dekat opis kena 3 buat 3 kali mcm biasa..
sebab pam pagi tak berapa masyuk dah sangat..
boleh buat bekal susu fresh pagi je utk Amni..
kalau ade lebih pun 1-2oz je..
nilah hasil 2 kali pam semalam..



got to go plak.. asben dah sampai..
last but not least.. Salam Ramadhan..

Wednesday, 19 June 2013

Kisah Auni : Mama takde lutut ke?

Assalamualaikum...

hehe.. nak tergelak pun ado pagi tadi..
soklan anak dara sulong ku itew..
"mama.. takde lutut ke ??mana lutut mama?"..
hadoilaa anakk..
omak tau la omak ni gomuk nak oiii..
sampai hati ekau keluarkan soalan demikian rupa..

pagi tadi minah ni terbangun awal la plak..
selalunya gerakkan dia time nak keluar rumah dah..
bila dah bangun awal tu matanya asik memerhati jekla..
mama pulak time tu tengah terkinja2 pakai girdle PB ku itu..
memang seksi abis la kan..
pakai dalam bilik la.. tapi pintu tak ditutup..
sebab nak monitor sikecik amni tu skali..
nahh time tu la soklan tu ditanya..
kociiiiikkkk hati  omak ni nak..
lutut omak ni dah tertimbun dek lomak nak oiiii..
tapi daku menjawab jugak.. sambil pegang lutut tenggelam tuu..
"ni lahhh lutut mama kakak..ade laa... kakak niii.." ayat kecik ati la tuu..
dia jawab plak.. "ooo tu ye lutut mama.. adaaa.."

apakah petandanya tu wahai diriku sendiri..?

tak sodar2 laii ko.. anak pun dah tego camtu..
alahaaiiii cemano la nak kurus ni..

gambar google jeww..

Friday, 7 June 2013

Kisah daku : souvenir kawin retis..

Assalamualaikum..

dapat souvenir kawin Izue Islam gitu...
ko hado..?? wahh sangat poyo disitu..


daku tak dapat pun jemputan kawin dia..
inikan pulak nak pegi khennnn..
kalo dah tak pegi cemana plak la bleh dapat souvenir ni ye??
ni ha isi dalamnya...



okehh.. blur pulakk..x nampak ye nama dia.. mesti x percaya kann..
tengok gambar bawah pulak laa..
nampak?? boleh klik kat gambar kot.. utk gambar yg lebih jelas..


aaaa btul kan nama Izue Islam..
cemana bleh dapat??
aaa camni citernya..
Boss saya .. suami beliau adalah..
sepupu kepada mak ke ayah Izue Islam ni..
kiranya suami boss saya adlh pakcik sepupu kepada Izue..
so boss saya dapat la jemputan dari family Izue..
jumaat lepas siap kami temankan boss gi carik baju anak2 beliau 
untuk attend majlis izue ni..
tetiba arini boss kasik souvenir nihh..
huhu jakun giler... 1st time dapat souvenir kawin retisss..
tu yg excited beno tu.. trus masuk belog nihh..
kenangan katanya..

ok that's all... mmm bila la nk citer psl budak2 ni..
bz manjangg..
next entry maybe..

Thursday, 6 June 2013

Kisah daku : Calla Lily dihatiku..

Assalamualaikum..

ntah ape sengalnya lah daku sekarang ni..
gile kat bunga Calla Lily nihh..
sejak2 pandai pegi kedai bunga..
sebab belikan fresh flower untuk kawin cousin asben 26/05 aritu..
dia nak bunga calla lily ni sebagai hand bouquet masa acara nikah..
sejak2 tu saya jadi gile ngan bunga tu.,..
cantik.. meeemang cantik..secantik namanya jugak..
tapi hand bouquet yang saya buat tu tak secantik yang saya google..
sebabnya bunganya berwarna kehijauan dan tak berapa kembang..
nih gambarnya..perasan perantin.. sebab dulu masa kawin x dpt pgg fresh flower.

bunga yg cantiknye gini ropenya..
ihsan pakcik google..
gambar ihsan google jugak.. TQ pada empunya gambar..
cantik kan bunga nya..
yang ni plak hand bouquet calla lily yang org lain punya.. 
sepatutnya jadi gini la..


lps kenduri tu..

otak saya ni asyik la pikir bunga ni boleh hidup tak kat malaysia..
saya pun menggoogle.. rupanya boleh..
tapi tak boleh kena matahari yang direct dan lama..
maksudnya kena tempat redup.. tepi kolam paling baik.
redup means takde direct to sunlight..
kalo kena pun tak boleh sepenuh hari la..
camne ye nak explain..
yang pentingnya boleh la kalo nak tanam kat sini..
masalahnya nak carik benih tu le kat mana ye..
issskkk suka sangat2 la dengan bunga ni..
toloooonnnggggggg symptom apekah yang menyerang daku nih..

ok last.. ni contoh gambar pokok bunga ni..

gambar ni pun dari google ye.. 
pinjam gambar dari blog ini terima kasih pada empunya gambar ye.. 
best baca blog awak..

ok that's all tentang kegilaan saya pada bunga calla lily.
jumpe lagi..

Thursday, 2 May 2013

Kisah kami : dugaan hari Khamis

Assalamualaikum..

memang dugaan hari ini..
Dugaan No 1..
tgh2 masak bubur amni..dalam kul 6++ am..
tetiba bergelap.. ingatkan blackout sebab trip mcm biasa..
(Blok umah i tu memang selalu power trip..
tapi bila ade yang naikkan balik suis besar ok le balik..)
rupanya tgk keliling.. tgk blok sebelah.. gelap jugok..
tinjau area masjid and area umah teres.. pun golap..
cakap ngan en Shamz.. suh tepon TNB..
bukan apa.. risau kan "golden liquid" saya dalam peti harta karun tu..
en shamz kata tepon la.. sebab dia nak mandi..
udah le ngan baju sekolah agama A'isy tak bergosok lagi..
memang ingatnye nak gosok la lepas kacau bubur tu..
nasib baik baju sekolah kebangsaan dah siap gosok awal2..
tu lah padahnya kalo suka no menggosok baju time pagi..
pasni nak buat lagi tak???
terpaksala MIL I kena gosokkan pulak.. sian beliau..
so tepon la 15454 tuhh.
 agent tnb tu kata kalau area masjid dah ada yang call bagitau..
so saya just tanya.. lama tak?
agent bgtau.. kalo tak melibatkan pencawang tak lama.. sejam dua gitu..
ok lah.. dengan harapan tak melibatkan pencawang laa..
maka meninggalkan peti harta karun tu dengan perasaan susah hati..
action plan : meletakkan suratkhabar setebal mungkin kat atas skali..
dengan harapan susu tu akan lambat mencair..
same goes tu susu kat dalam freezer petiais biasa..
banyak gak tu.. berpuluh kot....
letak gak paper kat depan sekali sebelum tutup..
so arini terpaksa tinggalkan petiais bergerak (cooler bag) kat umah MIL..
sebab susu2 utk bekalan Amni hari ini nak letak kat mana kan kalo letrik still takde..
dah tu guano pulok nak bawok balik susu untuk arini ni?
kang kena pk pulok... adehlaaa susah hati le kalo jadi gini selalu..
ni lah salah satu dugaan breatfeeding mommy nihh..


oklah tinggal cerita dugaan no 1..
dugaan no 2...
sedang syok merempit dengan en laki arini.
dah le kuar lewat skit..pasal blackout tu jugakla..
tertiba rasa moto cam huyung hayang jekkk..
en shamz pun bagi signal ke kiri ngan tangan minta laluan nak ke kiri..
tayar pancit pulokkkkk..
dah benti tu en Shamz tanya.. nak terus ke nak patah balik..
terus ke pekan sg besi.. patah balik ke bdr tasik selatan..
of course le nak carik kedai motor kan..
saya kata baik patah balik sebab lagi dekat..
maka exercise le kami pagi tadi.. asben tolak motor..
saya tolong tengok sambil jalan leee.. sambil pegang jacket asben..
sian asben I berpeluh2.. berat oo tolak motor pancit..
jauh jugak le menapak..sampai satu tempat kena mendaki skit..
asben kata tolong lah tolak.. saya pun tolak le..
sakit oo kaki...
nasib baik le sebelah kedai motor tu ade kedai mamak..
order air sambil tunggu kedai bukak..
tak lama pun dalam 5 minit gitu kedai bukak dan asben proceed gi tampal tayar...
saya tunggu sambil minum dan message orang2 opis bgtau lambat skit..
hajat hati ni nak EL jek trus.. takde hati nak gi keje dah..
tapi takde maknanya nye laki I tu nak hantar I balik..
so kojo jo lah yoo...

gitulah ceritanya..
blackout pun dah ok dalam kul 10++ tadi..
Alhamdulillah..
thank to my friends Nieza & Lia..(both are banyak experienced dalam BF..)
sebab sudi layan SMS daku pepagi buta....
sms tanya nak buat cemana kat DF kalau blackout..

semoga Allah permudahkan perjalanan breastfeedingbaby Amni saya..
Aminnn...