hari ini 19/08/2013 my Amni dah pun genap setahun..
kalo ikut tahun Hijrah.. dah cukup setahun 1 Syawal 1434 aritu..
sangat2 sekejap rasanya Amni cukup setahun..
rasanya masih baru kejadian bersalinkan dia di atas tilam tido..
pagi 1 Syawal 1433 yg lalu..
selepas keluarga suamiku kehilangan maklangnya pada 29 Ramadhan..
sehari sebelum kelahiran Amni..
sungguh tak disangka2 2 kekecohan berlaku dalam Ramadhan dan Syawal tahun lepas..
1 kelahiran dalam 1 kehilangan..
1 kegembiraan dalam 1 kesedihan..
mereka kata Amni adalah pengganti pada yang pergi..
kebetulannya.. yang pergi anak ke-3 dalam adik beradik ayah mertuaku..
yang lahir juga anak ketiga dan kedua-dua nya perempuan!!.
sebelum2 tu memang ramai yang katakan..
"ntah2 pagi raya dah sebok nak keluar ni baby tu"..
walaupun daku berdegil maklumkan due date adlh seminggu selepas hari raya
26/08/2012.. dan ku katakan tarikh lahir baby ni pun mesti tepat atau hanya awal 2-3 hari sahaja..
tapi mulut2 mereka memang masin.. hahaha..
maka kelahiran Amni adalah sentiasa menjadi buah mulut makcik pakcik asben bila balik kampung..
memang takkan penah lepas dari mulut..
setiap kali balik kampung mesti cerita bersalin ni akan keluar..
ok lah.. kat bawah ni adalah cerita penuh kelahiran Amni..
yang sepatutnya cerita ini ingin dihantar ke Pa&Ma dalam ruangan ragam bersalin
agar menjadi kenangan yang sangat indah dalam sejarah kelahiran anak2ku..
tapi sampai sekarang tak terhantar2 lagi.. sebab duk menunggu gambar2 dari hanphone suamiku..
Insyaallah ada kelapangan akan dihantar juga..
so jika sanggup membaca silalah baca..
yang bertanda merah adalah tambahan khas untuk blog ini..
Kecoh pagi raya.
Kepenatan setelah membantu menyiapkan bahan-bahan untuk
kenduri tahlil arwah makcik suami yang meninggal pagi hari terakhir Ramadhan
membuatkan mata ini tidak dapat kulelapkan. Rasa gelisah dan aku merengek-rengek dalam dakapan suami sehingga
suami pun terlena, tapi aku masih terkebil-kebil cuba melelapkan mata sambil
berfikir bagaimana hari raya yang akan menjelang esoknya bakal disambut oleh
keluarga suami atas kehilangan makcik disaat semua sedang bergembira.
Dalam berfikir terlelap juga mata ini tapi tidak lena, asyik
terjaga. Kira-kira jam 4 pagi aku terjaga kerana rasa sakit perut memulas
seperti mahu buang air besar, lantas kukejutkan suami untuk temankan aku ke
tandas. Selepas itu mataku kembali tidak mahu pejam. Macam-macam lah yang ada
difikiran, tetapi bab akan bersalin tidak langsung aku terfikir kerana tarikh
aku dijangka melahirkan anak ketigaku adalah pada 26/08/2012 kira-kira seminggu lagi. Sementelah kedua-dua anakku
sebelum ini dilahirkan mengikut tarikh jangka lahir yang tepat dan kerana itu
aku sangat yakin anak ke-3 ku ini juga akan dilahirkan mengikut tarikh yang
diberitahu oleh doktor. Dalam setengah jam
berikutnya anak sulongku pula meminta aku menemaninya ke tandas dan aku turut
membuang air kecil namun tiada langsung tanda-tanda yang aku akan bersalin pagi
ini seperti tanda darah mahupun turun air, cuma ketika itu perutku terasa
memulas, tetapi aku sangkakan perutku angin kerana minum kopi susu malam tadi. Kembali
ke tilam tetapi masih mata ini tidak mahu lena, dan kurasakan sakit perut itu
semakin kuat namun kubiarkan.
Jam 5 pagi aku merasakan perutku semakin sakit & senak. Sehingga
jam 5.15 pagi, aku mula terfikir ini adalah “contraction”
kerana sakit yang sekejap reda sekejap sakit. Aku mula mengira sela masa “contraction” itu, memang tak sampai 5 minit dan sudah semakin
kerap. Aku kejutkan suami dan memberitahu “ bang.. rasanya ada contraction la..” suami yang masih mamai bangun dan terpinga-pinga
bertanya ”contraction tu apa??”
dah masuk anak ke-3 pun masih tak tahu apa itu contraction? Aku yang dalam
kesakitan rasa nak tergelak tapi disebabkan sakit yang makin kuat aku hanya
mampu mengerang. Kelam kabut suami bangun mengejutkan makcik-makciknya untuk
tanya hospital mana yang paling hampir antara 2 hospital
terdekat di kampung itu (Hospital K. Pilah atau Hospital Jempol. Maksu maklumkan Hosp K. Pilah sebab kat situ ramai pakar). Setelah suami turun semula aku dah pun berada dalam keadaan
merangkak menahan sakit dan aku
merasakan sudah mahu meneran keluar bayiku.
Aku pun berbaring dan dalam keadaan bersedia untuk
melahirkan sambil menyatakan terasa mahu membuang air besar. Waktu ini keadaan
sudah kelam kabut kerana semua saudara mara yang berada di rumah itu sudah
bangun dan telah mengelilingi aku yang sedang bersedia untuk melahirkan. Aku
memanggil suami untuk melihat ke bawah kerana merasakan kepala bayiku telahpun
berada di pintu rahim. Dalam keadaan cemas suami telah memanggil makciknya kerana
waktu itu rambut bayiku telah pun kelihatan (dan masa tu aku sempat bgtau asben supaya mencabut spender ku- hahaha sebab rasanya baby dah nak keluar sangat). Sempat membasuh tangan dalam
keadaan kalut dan maksu pun terus
bersila dan menghadap aku. Sebaik sahaja maksu duduk air ketuban ku terus
menyembur ke arahnya dengan diiringi kepala bayi yang telahpun ku teran keluar.
Kemudian aku meneran untuk kali kedua dan terasa meluncur bayi perempuanku
keluar dengan disambut oleh maksu sebagai ‘bidan terjun’ di atas tilam tidur
kami sekeluarga tepat jam 5.40 pagi 1 Syawal 1433 yang mulia. (masa ni maksu minta suami ambil kain, tetapi sebab kalut suamiku hanya mencapai towel kami yang tergantung di pintu bilik sebelah, maksu campakkan balik towel tu dan minta kain bersih.. hahah sebab kalut suami ku jadi kelam kabut, aku pun arahkan suami untuk ambil napkin bersih dalam beg yang telah disiapkan utk di bawa ke hospital)Setelah maksu
membersihkan hidung dan mulut bayi dengan kain lampin terdengarlah tangisan
bayi kami yang diberi nama Amni Nur Qisya di subuh syawal yang hening (ketika ini suami dah menangis sambil memeluk dan mencium aku, sangat syahdu di pagi raya). Kelahiran yang
disaksikan oleh 2 orang anakku serta saudara mara suami. Kata mereka kelahiran
ini umpama patah tumbuh hilang berganti.
Setelah itu maksu meminta aku cuba meneran keluar uri sambil
suamiku menekan perutku (sebenarnya uri ni aku yang tanya pada maksu cemana ngan uri, tu yang maksu suruh aku cuba teran utk keluarkan uri dan suamiku menekan perut). Alhamdulillah uri pun selamat aku keluarkan hanya
menunggu kedatangan jururawat desa untuk proses seterusnya. Sambil menunggu kedatangan
mereka, maksu meminta aku untuk menyusukan bayiku. Aku mengambil bayiku yang
telah dibalut dengan kain lampin dan dalam keadaan tali pusat yang masih belum
dipotong lalu aku susukan, Alhamdulillah bayiku dapat menyusu buat kali pertama
dengan jayanya (ketika ini pula suamiku menelefon mak ku dan maknya memberitahu aku dah bersalin atas tilam je.. memberitahu sambil menangis-syahdu lagi..). Sepupu suamiku telah diarahkan sebelum itu untuk ke klinik desa
memberitahu jururawat desa semasa keadaan kelam kabut. Lebih kurang dalam pukul
6.00 pagi 3 orang jururawat desa (bersama ambulans) sampai dan membersihkan bayi dan juga diriku.
Jururawat maklumkan kami berdua perlu di bawa ke hospital untuk jahit luka
bersalin dan proses pemantauan kerana bersalin di rumah. Sementara kami dibersihkan
suamiku bergegas ke rumah Tok Imam untuk membayar zakat fitrah buat sikecil
kami. 3 orang jururawat desa dan pemandu ambulan juga sempat beraya di rumah
itu sebelum kami di bawa ke hospital (atuk suami yang terlantar sakit juga dan juga sedara mara yang ada dirumah tu dapat menyaksikan Amni 'fresh from the oven' setelah dibersihkan dan sementara menunggu pemandu ambulan dan misi2 3 org tu selesai menjamah mknn raya dan Alhamdulillah selepas kelahiran itu aku merasakan sangat tenang sampai boleh terpikir tentang uri dan mengingatkan suami banyak perkara ctnya kain lampin yg ada dalam beg tu lahh..). Jam 7 pagi aku dan sikecil dibawa ke
Hospital Jempol menaiki ambulan (sambil diiringi oleh ibu mertuaku yang memegang Amni, juga suamiku yang membawa adik & adik iparnya ke hospital menaiki kereta kami, ketika dalam ambulan masa tu ambulan baru sahaja bergerak keluar dari simpang rumah uwan, aku teringat ic dan wallet tidak ku bawa dan terus memberitahu misi yang mengiringi dalam ambulan tu. Misi tu berikan handphonenya utk aku hubungi suami dan minta ambilkan IC untuk proses di hospital nanti - TQ misi), pengalaman pertama dan sangat menarik bagi
aku.
Dalam perjalanan ke hospital aku menyaksikan orang ramai ke
masjid untuk menunaikan solat hari raya, terasa macam-macam perasaan bercampur
baur ketika itu. Sampai dihospital jam 8 pagi lukaku dijahit dan kemudian kami
berdua dimasukkan ke wad. Terpaksa juga bermalam di wad untuk proses
pemantauan. Begitulah kisah kenangan bersalin paling menarik bagiku.(kerana kelahiranmu nak 4 orang tidak solat hari raya tahun tu.. hehehe..)
tibalah masa untuk kami berdua ditinggalkan dihospital untuk proses pemantau.. hatiku rasa sangat sebak dan airmata ini tak henti mengalir.. sebenarnya mengenangkan 2 org anak yang ditnggalkan.. sebenarnya masa ambulan mula bergerak.. aku dah mula menahan sebak melihat Along & Kakak Auni melambai daku.. kesian anak2 ku beraya tanpaku hari raya tu..
ni ha serba sedikit bukti dan gambar2 yang Amni adalah dilahirkan dirumah..
semasa sedang dibersihkan.. org tgh syok2 nenen kena amik jap... melalak lah beliaukann..
kena suntik nihh.. x tau suntik apa..
diazan dan diiqamatkan oleh abahnya dengan linangan airmata..
sorang bersihkan uri sorang lagi ambik info bersalin tu.. berapa ML darah yg hilang.. x dapekk dohh.. sume darah meresap dlm tilam.. so dia anggar2kan ajolah.. tanya kul bape lahir n segala info berkenaan kelahiran ni lah..
1st day at Hospital.. selepas abah datang semula melawat kami bersama kakak auni petang tu.. sebelum tu hanya kami berdua dalam ward dan misi2 bertugas sahaja.. punyalah bosan.. dah petang nak ke mlm barulah ada 2-3 org yg masuk tu pun bkn bersalin semuanya masalah di awal pregnant cuma 1 je yang bersalin tgh mlm tu.. duk selang 1 katil dengan kami..
masa nampak kakak auni datang dengan bertudung.. hati rasa tersentuh sangat.. dah jadi kakak rupanya anak manja mama ni.. tak sedar airmata meleleh jugak..along x ikut sebab nak ikut pakcik makciknya beraya nak kumpul duit raya katanya..abah n kakak stay sampai petang sebab petang tu mak & ayah dan semua adik beradik ku datang melawat daku n baby.. takde pulak lah gambarnya.. family belah suami memang takde siapa yang datang sebab semua sibuk nak uruskan majlis tahlil untuk arwah maklang..
tilam tidur kami yang kami alas semasa kelahiran ini.. sayu tgk gambar ni.. xde kenangan dah tilam bersalin ni.. tapi tak boleh diselamatkan sebab darah + air ketuban terlampau banyak di tilam ini..
day 2.. tunggu masa nak balik.. posing2 dulu dengan along.. kakak n
maksu Diba.. patutnya dah boleh keluar kul 11++ lg.. tp misi suh tunggu
sebab ada lawatan dari 1 parti politik.. misi kata thn lps dpt hamper
besar...tp yg kami dapat heheheh.. hanya 1 beg mcm goodies org kawin
jeww... ada air kotak & kepek ubi jekk..den x boleh mkn pun.. cam
penat jek tunggu.. kul 3++ gakle sampai kg asben balik..
so itulah kenangan setahun yang lalu.. nanti sambung cerita Amni setahun dan cerita potong kek raya aritu sempena genap setahun tahun Hijrah..entry ni dah terlalu panjang..
dengan itu daaa...
sob sob .. terharu nye baca pengalaman org senang banak .. huuhuhhu tingin nak rs banak cm banak Rafiuddin (arwah bby 1st zr)..
ReplyDeletealalalal.....sweet n amazing journey lahirkan amni. Try imagine..mar susukan amni dengan tali pusat yang masih bersambung....hmmm
ReplyDelete