Pengikut blog saya :

Monday, 19 August 2013

Kisah Amni : Happy Birthday my Amni Nur Qisya

Assalamualaikum..

hari ini 19/08/2013 my Amni dah pun genap setahun..
kalo ikut tahun Hijrah.. dah cukup setahun 1 Syawal 1434 aritu..
sangat2 sekejap rasanya Amni cukup setahun..
rasanya masih baru kejadian bersalinkan dia di atas tilam tido..
pagi 1 Syawal 1433 yg lalu..
selepas keluarga suamiku kehilangan maklangnya pada 29 Ramadhan..
sehari sebelum kelahiran Amni..
sungguh tak disangka2 2 kekecohan berlaku dalam Ramadhan dan Syawal tahun lepas..
1 kelahiran dalam 1 kehilangan..
1 kegembiraan dalam 1 kesedihan..
mereka kata Amni adalah pengganti pada yang pergi..
kebetulannya.. yang pergi anak ke-3 dalam adik beradik ayah mertuaku..
yang lahir juga anak ketiga dan kedua-dua nya perempuan!!.
sebelum2 tu memang ramai yang katakan..
"ntah2 pagi raya dah sebok nak keluar ni baby tu".. 
walaupun daku berdegil maklumkan due date adlh seminggu selepas hari raya
26/08/2012.. dan ku katakan tarikh lahir baby ni pun mesti tepat atau hanya awal 2-3 hari sahaja..
tapi mulut2 mereka memang masin.. hahaha..
maka kelahiran Amni adalah sentiasa menjadi buah mulut makcik pakcik asben bila balik kampung..
memang takkan penah lepas dari mulut..
setiap kali balik kampung mesti cerita bersalin ni akan keluar..

ok lah.. kat bawah ni adalah cerita penuh kelahiran Amni.. 
yang sepatutnya cerita ini ingin dihantar ke Pa&Ma dalam ruangan ragam bersalin
agar menjadi kenangan yang sangat indah dalam sejarah kelahiran anak2ku..
tapi sampai sekarang tak terhantar2 lagi.. sebab duk menunggu gambar2 dari hanphone suamiku..
Insyaallah ada kelapangan akan dihantar juga..
so jika sanggup membaca silalah baca..
yang bertanda merah adalah tambahan khas untuk blog ini..



Kecoh pagi raya.
Kepenatan setelah membantu menyiapkan bahan-bahan untuk kenduri tahlil arwah makcik suami yang meninggal pagi hari terakhir Ramadhan membuatkan mata ini tidak dapat kulelapkan. Rasa gelisah dan aku  merengek-rengek dalam dakapan suami sehingga suami pun terlena, tapi aku masih terkebil-kebil cuba melelapkan mata sambil berfikir bagaimana hari raya yang akan menjelang esoknya bakal disambut oleh keluarga suami atas kehilangan makcik disaat semua sedang bergembira.
Dalam berfikir terlelap juga mata ini tapi tidak lena, asyik terjaga. Kira-kira jam 4 pagi aku terjaga kerana rasa sakit perut memulas seperti mahu buang air besar, lantas kukejutkan suami untuk temankan aku ke tandas. Selepas itu mataku kembali tidak mahu pejam. Macam-macam lah yang ada difikiran, tetapi bab akan bersalin tidak langsung aku terfikir kerana tarikh aku dijangka melahirkan anak ketigaku adalah pada 26/08/2012 kira-kira  seminggu lagi. Sementelah kedua-dua anakku sebelum ini dilahirkan mengikut tarikh jangka lahir yang tepat dan kerana itu aku sangat yakin anak ke-3 ku ini juga akan dilahirkan mengikut tarikh yang diberitahu oleh doktor.  Dalam setengah jam berikutnya anak sulongku pula meminta aku menemaninya ke tandas dan aku turut membuang air kecil namun tiada langsung tanda-tanda yang aku akan bersalin pagi ini seperti tanda darah mahupun turun air, cuma ketika itu perutku terasa memulas, tetapi aku sangkakan perutku angin kerana minum kopi susu malam tadi. Kembali ke tilam tetapi masih mata ini tidak mahu lena, dan kurasakan sakit perut itu semakin kuat namun kubiarkan.
Jam 5 pagi aku merasakan perutku semakin sakit & senak. Sehingga jam 5.15 pagi, aku mula terfikir ini adalah “contraction” kerana sakit yang sekejap reda sekejap sakit. Aku mula mengira sela masa “contraction”  itu, memang tak sampai 5 minit dan sudah semakin kerap. Aku kejutkan suami dan memberitahu “ bang.. rasanya ada contraction la..”  suami yang masih mamai bangun dan terpinga-pinga bertanya  contraction tu apa??” dah masuk anak ke-3 pun masih tak tahu apa itu contraction? Aku yang dalam kesakitan rasa nak tergelak tapi disebabkan sakit yang makin kuat aku hanya mampu mengerang. Kelam kabut suami bangun mengejutkan makcik-makciknya untuk tanya  hospital  mana yang paling hampir antara 2 hospital terdekat di kampung itu (Hospital K. Pilah  atau Hospital Jempol. Maksu maklumkan Hosp K. Pilah sebab kat situ ramai pakar). Setelah suami turun semula aku dah pun berada dalam keadaan merangkak menahan sakit  dan aku merasakan sudah mahu meneran keluar bayiku.
Aku pun berbaring dan dalam keadaan bersedia untuk melahirkan sambil menyatakan terasa mahu membuang air besar. Waktu ini keadaan sudah kelam kabut kerana semua saudara mara yang berada di rumah itu sudah bangun dan telah mengelilingi aku yang sedang bersedia untuk melahirkan. Aku memanggil suami untuk melihat ke bawah kerana merasakan kepala bayiku telahpun berada di pintu rahim. Dalam keadaan cemas suami telah memanggil makciknya kerana waktu itu rambut bayiku telah pun kelihatan (dan masa tu aku sempat bgtau asben supaya mencabut spender ku- hahaha sebab rasanya baby dah nak keluar sangat). Sempat membasuh tangan dalam keadaan kalut dan  maksu pun terus bersila dan menghadap aku. Sebaik sahaja maksu duduk air ketuban ku terus menyembur ke arahnya dengan diiringi kepala bayi yang telahpun ku teran keluar. Kemudian aku meneran untuk kali kedua dan terasa meluncur bayi perempuanku keluar dengan disambut oleh maksu sebagai ‘bidan terjun’ di atas tilam tidur kami sekeluarga tepat jam 5.40 pagi 1 Syawal 1433 yang mulia. (masa ni maksu minta suami ambil kain, tetapi sebab kalut suamiku hanya mencapai towel kami yang tergantung di pintu bilik sebelah, maksu campakkan balik towel tu dan minta kain bersih.. hahah sebab kalut suami ku jadi kelam kabut, aku pun arahkan suami untuk ambil napkin bersih dalam beg yang telah disiapkan utk di bawa ke hospital)Setelah maksu membersihkan hidung dan mulut bayi dengan kain lampin terdengarlah tangisan bayi kami yang diberi nama Amni Nur Qisya  di subuh syawal yang hening (ketika ini suami dah menangis sambil memeluk dan mencium aku, sangat syahdu di pagi raya). Kelahiran yang disaksikan oleh 2 orang anakku serta saudara mara suami. Kata mereka kelahiran ini umpama patah tumbuh hilang berganti.
Setelah itu maksu meminta aku cuba meneran keluar uri sambil suamiku menekan perutku (sebenarnya uri ni aku yang tanya pada maksu cemana ngan uri, tu yang maksu suruh aku cuba teran utk keluarkan uri dan suamiku menekan perut). Alhamdulillah uri pun selamat aku keluarkan hanya menunggu kedatangan jururawat desa untuk proses seterusnya. Sambil menunggu kedatangan mereka, maksu meminta aku untuk menyusukan bayiku. Aku mengambil bayiku yang telah dibalut dengan kain lampin dan dalam keadaan tali pusat yang masih belum dipotong lalu aku susukan, Alhamdulillah bayiku dapat menyusu buat kali pertama dengan jayanya (ketika ini pula suamiku menelefon mak ku dan maknya memberitahu aku dah bersalin atas tilam je.. memberitahu sambil menangis-syahdu lagi..). Sepupu suamiku telah diarahkan sebelum itu untuk ke klinik desa memberitahu jururawat desa semasa keadaan kelam kabut. Lebih kurang dalam pukul 6.00 pagi 3 orang jururawat desa (bersama ambulans) sampai dan membersihkan bayi dan juga diriku. Jururawat maklumkan kami berdua perlu di bawa ke hospital untuk jahit luka bersalin dan proses pemantauan kerana bersalin di rumah. Sementara kami dibersihkan suamiku bergegas ke rumah Tok Imam untuk membayar zakat fitrah buat sikecil kami. 3 orang jururawat desa dan pemandu ambulan juga sempat beraya di rumah itu sebelum kami di bawa ke hospital (atuk suami yang terlantar sakit juga dan juga sedara mara yang ada dirumah tu dapat menyaksikan Amni 'fresh from the oven' setelah dibersihkan dan sementara menunggu pemandu ambulan dan misi2 3 org tu selesai menjamah mknn raya dan Alhamdulillah selepas kelahiran itu aku merasakan sangat tenang sampai boleh terpikir tentang uri dan mengingatkan suami banyak perkara ctnya kain lampin yg ada dalam beg tu lahh..). Jam 7 pagi aku dan sikecil dibawa ke Hospital Jempol menaiki ambulan (sambil diiringi oleh ibu mertuaku yang memegang Amni, juga suamiku yang membawa adik & adik iparnya ke hospital menaiki kereta kami, ketika dalam ambulan masa tu ambulan baru sahaja bergerak keluar dari simpang rumah uwan, aku teringat ic dan wallet tidak ku bawa dan terus memberitahu misi yang mengiringi dalam ambulan tu. Misi tu berikan handphonenya utk aku hubungi suami dan minta ambilkan IC untuk proses di hospital nanti - TQ misi), pengalaman pertama dan sangat menarik bagi aku.
Dalam perjalanan ke hospital aku menyaksikan orang ramai ke masjid untuk menunaikan solat hari raya, terasa macam-macam perasaan bercampur baur ketika itu. Sampai dihospital jam 8 pagi lukaku dijahit dan kemudian kami berdua dimasukkan ke wad. Terpaksa juga bermalam di wad untuk proses pemantauan. Begitulah kisah kenangan bersalin paling menarik bagiku.(kerana kelahiranmu nak 4 orang tidak solat hari raya tahun tu.. hehehe..)

tibalah masa untuk kami berdua ditinggalkan dihospital untuk proses pemantau.. hatiku rasa sangat sebak dan airmata ini tak henti mengalir.. sebenarnya mengenangkan 2 org anak yang ditnggalkan.. sebenarnya masa ambulan mula bergerak.. aku dah mula menahan sebak melihat Along & Kakak Auni melambai daku.. kesian anak2 ku beraya tanpaku hari raya tu..

ni ha serba sedikit bukti dan gambar2 yang Amni adalah dilahirkan dirumah..

masa misi sampai Amni tengah menyusu.. misi tengah potong tali pusat..



semasa sedang dibersihkan.. org tgh syok2 nenen kena amik jap... melalak lah beliaukann..


 kena suntik nihh.. x tau suntik apa..

misi ni sedang mengerjakan uri..


diazan dan diiqamatkan oleh abahnya dengan linangan airmata.. 





sorang bersihkan uri sorang lagi ambik info bersalin tu.. berapa ML darah yg hilang.. x dapekk dohh.. sume darah meresap dlm tilam.. so dia anggar2kan ajolah.. tanya kul bape lahir n segala info berkenaan kelahiran ni lah..




1st day at Hospital.. selepas abah datang semula melawat kami bersama  kakak auni petang tu.. sebelum tu hanya kami berdua dalam ward dan misi2 bertugas sahaja.. punyalah bosan.. dah petang nak ke mlm barulah ada 2-3 org yg masuk tu pun bkn bersalin semuanya masalah di awal pregnant cuma 1 je yang bersalin tgh mlm tu.. duk selang 1 katil dengan kami..
masa nampak kakak auni datang dengan bertudung.. hati rasa tersentuh sangat.. dah jadi kakak rupanya anak manja mama ni.. tak sedar airmata meleleh jugak..along x ikut sebab nak ikut pakcik makciknya beraya nak kumpul duit raya katanya..abah n kakak stay sampai petang sebab petang tu mak & ayah dan semua adik beradik ku datang melawat daku n baby.. takde pulak lah gambarnya.. family belah suami memang takde siapa yang datang sebab semua sibuk nak uruskan majlis tahlil untuk arwah maklang..


tilam tidur kami yang kami alas semasa kelahiran ini.. sayu tgk gambar ni.. xde kenangan dah tilam bersalin ni.. tapi tak boleh diselamatkan sebab darah + air ketuban terlampau banyak di tilam ini..





day 2.. tunggu masa nak balik.. posing2 dulu dengan along.. kakak n maksu Diba.. patutnya dah boleh keluar kul 11++ lg.. tp misi suh tunggu sebab ada  lawatan dari 1 parti politik.. misi kata thn lps dpt hamper besar...tp yg kami dapat heheheh.. hanya 1 beg mcm goodies org kawin jeww... ada air kotak & kepek ubi jekk..den x boleh mkn pun.. cam penat jek tunggu.. kul 3++ gakle sampai kg asben balik..

so itulah kenangan setahun yang lalu.. nanti sambung cerita Amni setahun dan cerita potong kek raya aritu sempena genap setahun tahun Hijrah..entry ni dah terlalu panjang..

dengan itu daaa...

Wednesday, 14 August 2013

Kisah En Shamz: Happy Birthday to you my dear hubby

Assalamualaikum..

hari ni 14/08/2013 adalah besday en suami saya tersayang..
tapi malangnya.. isterimu ini telah terlupa..
seriously lupa arini besday mu abang..
jadi maapkanlah adinda ye kekanda..
(walaupun somiku itu tak tahu akan kewujudan blog ini)

macamana boleh ingat tetiba..
kesahnya bosan2 kat opis arini..
pasal xde org lagi kan..
bukak le FB pakai b.band le..network opis xleh lyn fb
tetiba nampak adik ku yg no 4 wish kat abang ipar eh..
ehhhh.. arini besday laki aku..
begituuuuu..
so cepat2 ambik tepon trus call somi..
padahal masa tu tgh chat ngan dia kat skype..
tapi sebab nak menebus kesilapan..
kena lah wish menggunakan suara kan..
pehtu wish jugak kat Fb laaa...
hahahaha.. pestime ni terlupa nih..
maklumla raya2 mkn byk.. tu yg lupa tu..
pehtu pulak duk excited ingat besday si amni 19hb nanti..
kesian laki aiii...

ok lah sayang..
sempena besday yang ke 33 ni.. ayang ucapkan..
semoga abang sentiasa dirahmati Allah sentiasa..
semoga sentiasa dikurniakan Allah kesihatan yang baik..
semoga menjadi pemimpin terbaik terhadap diriku dan anak2..
sayang abang ketat..ketat.. muahhh..muahhh..muahhh..

wajah kesayangan hamba..
ni masa besday 29tahun..
masa ada masa nak buat kek untuk beliau..
sekarang ni dah malasss..hehe

Tuesday, 13 August 2013

Kisah raya : belum puas

Assalamualaikum...

hari ni dah start keje lepas cuti raya..
tapiii... mood keje ke laut..
dengan opis yang masih sunyi sepi..
memang tak hado mood lah kan..
hati ni plak... raso bolum pueh rayo kek kampung..
raso macam sekojappppp yo rayo kali ni..
punyolah berat hati nak balik semalam..
tapi kugagahkan juo balik ko sarang..
uihhhh bosan eh kojo arini,...
nak balik.. nak balik..


dah tu jo.. sekadar meluahkan raso..
bosan amekkk ni...

nak masuk gambar rayo aritu x lepas plak..

Tuesday, 6 August 2013

SALAM AIDILFITRI 1434

Assalamualaikum..

hari ni last day ku kerja before cuti raya..
dengan itu.. ku dan Shamz Family ingin mengucapkan..





Buat semua yang mengenali, Eid Fitri bakal tiba .. moga disambut dengan penuh keceriaan bersama yg tercinta, keberkatan diiringi bersama, ingatlah kepada Pencipta, jangan dilupa pada mereka yg telah tiada, berdoalah sesama kita, berhati hati dijalan raya, makanlah sekadarnya saja, kerna di sana ada saudara kita yang tak punya apa, sayanglah ibu dan bapa selagi mereka masih bernyawa.. salam sayang dari kami sekeluarga..
 
SALAM AIDILFITIRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

*1 Syawal ni genaplah usia my Amni Nur Qisya 1 tahun.. masih segar dan masih baru jeklagi rasanya meneran beliau atas tilam tido di kampung suami  tepat jam 5.40 pagi 1 Syawal 1433H bersamaan 19/08/2012.. cerita yang dah setahun juga ku peram.. InsyaAllah lepas raya ni daku tepekkan kisah bersalin kan Amni..

salam sayang di Aidilfitri dari kami..


Wednesday, 31 July 2013

Kisah Mar : Yang ditunggu dah tiba..

Assalamualaikum..

3 hari berada di dalam kegusaran..
soalan yang selalu ditanya suamiku..
"dah datang ke belum..??" tau risauu.. hehe
ape yang tak datang2 tu ehh..?

hehe... jawapannya adalah teman baik wanita setiap bulan..
P.E.R.I.O.D...
so arini dah legaaa..... dia sudah mai lepas maghrib semalam..
Alhamdulillahhhh..
apo yang seronok bona kalau dia datang??
dahlah tak buleh poso..
leceh lak tu kannn..
tapiiiiiiiiiiiii buat masa ini 'dia' perlu datang tiap2 bulan..
tanpa gagal..
sebabnya kami semua masih belum sedia untuk..
menambah ahli keluarga..
memberi adik pada Amni Nur Qisya yang baru nak masuk setahun..
Amni dah grad BF 2 tahun nanti baru leh pikir..hehe..

apa sebab eh jadik lambat pulak ye..
mungkin sebab puasa kot eh..
kurang minum air..agaknyela..
ape pun 'dia' sudah datang..
hati manyak legaaaa...
Alhamdulillah..

Monday, 22 July 2013

Kisah ilmu : Tip mendidik anak

Assalamualaikum..

sebagai renungan dan panduan diri sendiri dan juga untuk panduan semua. terlalu banyak kesilapan yang ku lakukan dalam mendidik anak2 soleh & solehah ku.. Semoga Allah memberi petunjuk-Nya untuk diriku :

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

Tuesday, 16 July 2013

Kisah Amni : Pagi2 bukak periuk.

Assalamualaikum..

ni cerita ramadhan ke-5 aritu..
kesahnya mama nye ni tengah sebok membasuh pinggan mangkuk
selepas bagi 2 orang budak tak puasa tu makan..
budak dalam gambar ni le dengan kakaknya..
sekali pusing belakang sebab dengar kelengkung kelengkang..
rupanya budak baju merah ni tengah main periuk nasi..
periuk nasi tu kat lantai jek dalam bilik dapur..
sebabnya power plug kat table top dapur tu dah rosak..
so kena carik plug yg ade utk masak nasik..

tak puas main dalam periuk masak tu..
dia pegi hangkat periuk dalam tu bawak keluar dari periuk utama tu..
pehtu mula la aktiviti..
mengorek nasi dengan dua2 tangan dan suap dalam mulut..
udah rope orang kebulur anak haku..
aihh tak cukup ke nasi yang mama suap tadi anakku??

pehtu daku biarkan aje..
tapi habis melambak2 nasi kat lantai bilik tu..
sebab di kibas2nye tangan yg penuh nasik tu..
maka berteraburlah nasi2 tu..
satu keje pulak mama ko ni nak ngemas dik oiiii..
biarkan aje janji dia x kacau daku buat keje..
dah settle basuh pinggan baru settlekan basuh tangan dia pulak..
dan bersihkan dia dari nasi2 tu..
terus rendam periuk nasik tu..

ha nilah ropenya orang tak pose korek periuk nasi disiang hari..





ohhhhh 1 more thing to remember..
this girl are officially can 'jalan2 jatuh' on 3rd Ramadhan aritu..12/07/2013
maknanya ketika dia berusia 10++ months.. kira pendek 11 bulan lahh..
menjerit2 mama nye nih malam tu.. over excited kauu..
bila nampak dia tetiba jalan dari kusyen ke mama ye..
seronoknya tak terkata.. 
so raya nanti mama harap..
you can fully walk ye sayang.. 
sonang kojo omak ekau ni, takyah dukung bona..
takpe.. mama will help you..practise every night ye.. 
mama dah aim 1 kasut comel untuk adik ..
tunggu nak beli jek.. aritu x sempat..

oklah merapu sudah..
dengan itu salamm...