Pengikut blog saya :

Wednesday, 11 June 2014

Kisah Aisy : Tahniah duhai anak

Assalamualaikum..

setelah 6 bulan tidak meghapdet sebarang entry..
hari ini kembali kerana berita gembira..
gembira atas kejayaan Aisy si anak sulong..
bukan nak menunjuk2 tapi sekadar menghargai usaha seorang anak..
sebagai kenangan di masa hadapan..

tadi dapat email dari asben..
bagi result exam semester pertama A'isy..
Alhamdulillah syukur padamu ya Allah..
atas kejayaan anakanda ini..
nombor 1 dalam kelas .. nombor 1 antara darjah..
bukan nombor yang penting ..
tapi kejayaan atas usahanya sendiri..

Aisy ni macam ada 2 personaliti berbeza di sekolah & di rumah..
kat sekolah tersangatlah aktif..
cikgu2 pun macam menyebut2 je keaktifan beliau ni.
tapi kat rumah sebaliknya pulak..
leka.. lalai.. kalau suruh x boleh sekali..
2-3 kali baru nak bangun..
tu pun dengan muka moncong..
suruh solat pun liat.. makan pun lambat..
kira sangat berbeza lah..
sebab apa ye..?
mungkin ke saje menarik perhatian mama n abah nye ini..?
kurang kasih sayangkah??
kurang perhatian kah..??

bila camtu.. makanya selalu lah kena marah ngan mamanya ini..
rasa bersalah pulak.. sedangkan dia anak cemerlang..
sampaikan tadi mamanya ni rasa macam..
aku tak patut berbangga dengan kejayaan dia..
sebab aku rasa aku bukanlah ibu terbaik untuknya dan adik2..
sebak.. hiba n macam2 rasa..
apa usaha aku atas kejayaannya itu..
doa?? kurang.. kurang sangat aku berdoa untuk kejayaan dia..
ada bukan takde.. tapi kurang.. dan yang sedikit itu pula..
adakah Allah tunaikan?
itu yang mamanya ini rasa... 
so tak patutkan aku terlalu berbangga atas kejayaan itu..

tapi sayangku Aisy..
mama sangat2 bersyukur dengan kejayaan mu nak..
dan semoga kamu sentiasa beroleh kejayaan di dunia & akhirat yang paling penting..
hanya  itu harapan mama..

huhu sedih pulak ni..
so got to go..
jumpa lagi next entry..
dari sehari ke sehari nak update cerita keletah si kecik..
tapi malas ya amat..
insyaallah akan menyusul nanti..


1 comment: