tak mahu ketinggalan untuk meninggalkan catatan terakhir 2013..
walaupun blog jarang2 berupdate..
walaupun banyak benda yang nak di update..
tapi tiada kesempatan untuk menjengah dan merapu dalam blog sendiri..
apa pun 2013 bakal menutup tirainya beberapa jam sahaja lagi..
seperti biasa.. terlalu banyak kenangan yang dilalui...
manis.. masin .. masam.. tawar.. pahit semuanya adalah...
tapi rasanya semuanya indah belaka..
menikmati hidup bersama insan2 tersayang disekeliling...
betapa nikmat kurniaan Allah..
untuk anak2 ku..
Aisy... bakal masuk Tahun 2 2014 ni..
semoga Aisy akan terus cemerlang bukan sahaja di sekolah..
tetapi juga di mana sahaja kamu berada duhai sayang..
sentiasalah menjadi anak yang terbaik.. soleh dan sentiasa mendengar kata..
sentiasa menjadi muslim terbaik sayang...
sentiasa menjaga diri..meningkatkan kebersihan diri
sentiasa menjadi pelindung dan pembimbing adik2mu..
itu harapan mama..
Along anak yang baik Mama tau itu..
Buat Auni.. bakal memasuki alam persekolah tadika..
PASTI telah pasti menjadi pilihanmu..
begitu tekad.. setekad hatinya..
kamu memang sentiasa tetap pendirian..
namun kadangkala mudah dipujuk juga..
apa pun harapan dan doa mama untukmu..
sentiasa juga menjadi anak yang baik dan solehah..
sentiasa mendengar kata..
sentiasa menjadi muslimah terbaik yang menjaga segala adab & auratmu..
juga sentiasa menjadi pelindung adik mu..
dan mama doakan kakak sentiasa menjadi anak yang cemerlang
dunia dan akhirat..
kakak juga anak yang baik.. Mama pasti tentang itu..
Untuk Amni..bakal menginjak ke 2 tahun 2014 ni..
anak mama yang baik juga.. sudah tentu..
terlalu cepat masa berlalu mama rasakan..
terlalu cepat kamu membesar..
terasa belum puas mama mendukungmu..
untukmu semoga membesar dengan sihat dan cemerlang..
semoga menjadi anak yang solehah yang medengar kata..
semoga menjadi anak yang lebih penyabar ye sayang..
juga semoga menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat..
mama sayang kalian bertiga..
buat suami tersayang..
dinda saaaayaaannnggg sangat abang..
harapan dinda.. semoga dengan apa yang telah kita lalui tahun ini..
menjadi tauladan untuk kita menjadi lebih baik di tahun hadapan..
semoga kita menjadi makhluk Allah yang lebih baik..
sentiasa beriman kepadanya..
semoga kita dapat mempertingkatkan amalan kita ..
dan semoga kita menjadi anak yang baik..
dan juga menjadi ibubapa yang cemerlang untuk anak2 kita..
ayang sayang abang sangat2..
wahhh gitu.. dah macam amanat terakhir plak..
ye la terakhir untuk tahun 2013..
apa pun ..
SELAMAT TAHUN BARU 2014..
SEMOGA KEHIDUPAN KITA SEMUA LEBIH DIBERKATI ALLAH..
AMINNN..
No comments:
Post a Comment