Assalamualaikum..
sebagai renungan dan panduan diri sendiri dan juga untuk panduan semua. terlalu banyak kesilapan yang ku lakukan dalam mendidik anak2 soleh & solehah ku.. Semoga Allah memberi petunjuk-Nya untuk diriku :
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain"
- yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon
pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait
dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan
semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya,
memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah
untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan
bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah
amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan
ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3.
Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat
dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita
juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu
ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak
dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu
panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak
sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita
tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan
padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan
anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati
Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah
kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting
jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh
melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata,
cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya.
Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat
salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat
keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang
dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak
bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun
jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang
cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak
suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah
hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa
Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa
ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini
menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat
kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan
ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya
No comments:
Post a Comment