Assalamualaikum..
Diambil dari facebook .. untuk rujukan masa hadapan.
Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda
menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk
membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara
konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang
warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad
atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat.
Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan
cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang
berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna
itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak
anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja
pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda
untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya
sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi
jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya
berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang
betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila
bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa.
Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada
anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk
makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas
dengan bahasa yang betul.
3. Ganjaran
Seperti anak
anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka
memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik
pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan
blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah
gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja
dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi
ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan
memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. Bacakan buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa
untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka
membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda
bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya
untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan
mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu
jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya
dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan
mungkin akan membaca sendiri nanti.
5. Mula awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada
anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula
mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus
lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal
nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan
kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah anak anda
tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang
dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar
untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak
mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran
sehingga anak anda pandai.
7. Penerokaan.
Biarkan bayi
anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar
memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk
bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet
kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu
selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
8. Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan
aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan
gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar
dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia
setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya
dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia
masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk
belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa
yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah
berasa bosan.
10. Teruskan!
Untuk memastikan anda
berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan
putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang
besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak
mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian
untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan
fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
(Sumber: Pa&Ma Disember 2011)
No comments:
Post a Comment