Assalamualaikum...
dapat info ni dari facebook... masuk dlm ni supaya senang nak rujuk nanti2..
CARA URUTAN BAYI
Teknik urutan bayi adalah pelbagai. Anda boleh menggunakan
mana-mana cara yang anda fikirkan sesuai, asalkan bayi suka dan selesa. Berikut
adalah antara teknik yang boleh anda gunakan...
Muka
Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri
dan kanan dengan kedua tapak tangan.
Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke
samping kiri dan kanan.
Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan
pipi di bawah mata.
Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan
kanan.
Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:
Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak
dengan jari telunjuk ibu.
'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan
hujung jari.
Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar
kemudian makin kecil.
Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.
Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh
dilakukan untuk bahagian lain badan.
Dada
Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari
tengah dada ke samping.
Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan
hujung jari ibu pada ulu hati.
Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di
sekitar puting bayi.
Tangan dan Lengan
Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan
kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan
memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.
Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat
lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian
belakang tangan bayi.
Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan
gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung
jari.
Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua
telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan
diusap lembut.
Kaki
Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu
tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua
tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit,
dan memutar kaki bayi secara lembut.
Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat
lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.
Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar
menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung
jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.
Betis diurut dengan kedua ibu jari.
Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah
pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua
kaki bayi diusap dari atas ke bawah.
Perut
Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi
seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan
kiri secara bergantian.
Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara
lembut hingga menekan ke perut bayi.
No comments:
Post a Comment