Pengikut blog saya :

Wednesday 31 July 2013

Kisah Mar : Yang ditunggu dah tiba..

Assalamualaikum..

3 hari berada di dalam kegusaran..
soalan yang selalu ditanya suamiku..
"dah datang ke belum..??" tau risauu.. hehe
ape yang tak datang2 tu ehh..?

hehe... jawapannya adalah teman baik wanita setiap bulan..
P.E.R.I.O.D...
so arini dah legaaa..... dia sudah mai lepas maghrib semalam..
Alhamdulillahhhh..
apo yang seronok bona kalau dia datang??
dahlah tak buleh poso..
leceh lak tu kannn..
tapiiiiiiiiiiiii buat masa ini 'dia' perlu datang tiap2 bulan..
tanpa gagal..
sebabnya kami semua masih belum sedia untuk..
menambah ahli keluarga..
memberi adik pada Amni Nur Qisya yang baru nak masuk setahun..
Amni dah grad BF 2 tahun nanti baru leh pikir..hehe..

apa sebab eh jadik lambat pulak ye..
mungkin sebab puasa kot eh..
kurang minum air..agaknyela..
ape pun 'dia' sudah datang..
hati manyak legaaaa...
Alhamdulillah..

Monday 22 July 2013

Kisah ilmu : Tip mendidik anak

Assalamualaikum..

sebagai renungan dan panduan diri sendiri dan juga untuk panduan semua. terlalu banyak kesilapan yang ku lakukan dalam mendidik anak2 soleh & solehah ku.. Semoga Allah memberi petunjuk-Nya untuk diriku :

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

Tuesday 16 July 2013

Kisah Amni : Pagi2 bukak periuk.

Assalamualaikum..

ni cerita ramadhan ke-5 aritu..
kesahnya mama nye ni tengah sebok membasuh pinggan mangkuk
selepas bagi 2 orang budak tak puasa tu makan..
budak dalam gambar ni le dengan kakaknya..
sekali pusing belakang sebab dengar kelengkung kelengkang..
rupanya budak baju merah ni tengah main periuk nasi..
periuk nasi tu kat lantai jek dalam bilik dapur..
sebabnya power plug kat table top dapur tu dah rosak..
so kena carik plug yg ade utk masak nasik..

tak puas main dalam periuk masak tu..
dia pegi hangkat periuk dalam tu bawak keluar dari periuk utama tu..
pehtu mula la aktiviti..
mengorek nasi dengan dua2 tangan dan suap dalam mulut..
udah rope orang kebulur anak haku..
aihh tak cukup ke nasi yang mama suap tadi anakku??

pehtu daku biarkan aje..
tapi habis melambak2 nasi kat lantai bilik tu..
sebab di kibas2nye tangan yg penuh nasik tu..
maka berteraburlah nasi2 tu..
satu keje pulak mama ko ni nak ngemas dik oiiii..
biarkan aje janji dia x kacau daku buat keje..
dah settle basuh pinggan baru settlekan basuh tangan dia pulak..
dan bersihkan dia dari nasi2 tu..
terus rendam periuk nasik tu..

ha nilah ropenya orang tak pose korek periuk nasi disiang hari..





ohhhhh 1 more thing to remember..
this girl are officially can 'jalan2 jatuh' on 3rd Ramadhan aritu..12/07/2013
maknanya ketika dia berusia 10++ months.. kira pendek 11 bulan lahh..
menjerit2 mama nye nih malam tu.. over excited kauu..
bila nampak dia tetiba jalan dari kusyen ke mama ye..
seronoknya tak terkata.. 
so raya nanti mama harap..
you can fully walk ye sayang.. 
sonang kojo omak ekau ni, takyah dukung bona..
takpe.. mama will help you..practise every night ye.. 
mama dah aim 1 kasut comel untuk adik ..
tunggu nak beli jek.. aritu x sempat..

oklah merapu sudah..
dengan itu salamm...

Wednesday 10 July 2013

Kisah kami : Salam Ramdhan & update susu

Assalamualaikum..





dikesempatan ini daku ingin mengucapkan..
Selamat menjalankan ibadah puasa pada semua yang mengenali daku..
semoga segala amalan kita diterima dan diberkati Allah sentiasa..

puasa kali ini dalam keadaan masih menyusukan baby Amni..
tahun lepas Alhamdulillah dapat puasa penuh sebab pregnant..
tahun ni tak dapat la.. sebab dah period kan..
memang pesen subur bebeno gamaknya..
genap baby 4 bulan period pun turun..
takpela.. yang penting masih dapat menjalani Ramadhan kali ini..

rutin seperti ramadhan2 yang lepas..
bangun seawal jam 4.30 pagi untuk siapkan menu sahur..
tapi Alhamdulillah takde la rasa ngantuk sangat..
sebab sebelum ni pun memang dah bangun kul 5 pagi tiap2 pagi..
so mcm dah jadi rutin lah kan..

sepanjang prepare for sahur tu..
ku minum air kosong sebanyak mungkin
tambah makan kurma untuk cukupkan 7 biji..
kiranya takde lah kena telan sekaligus kurma tu 7 biji..
dari start bangun sambil2 tu ambil sebiji sebiji..
sampai abis sahur cukup lah kan..
lepas tu makan nasi dan minum horlicks + oat..
semua tu untuk tenaga dan bekalan susu anakanda tercinta..
last sekali minum air kosong segelas selepas membaca surah al-kautsar
baca selawat 3 kali pastu doa mohon pada Allah
hilangkan rasa lapar dan dahaga..
dan  perbanyakkan susuku sepanjang bulan ramadhan ni dan seterusnya lah..amiinnn..
Alhamdulillah berkat amalan tu badan tak rasa lesu.. segar jek rasa

update susu plak..
Alhamdulillah.. masih banyak rezeki untuk Amni..
pam 2 kali hari ni kat opis dapat le 10.5oz..
kenapa 2 kali..?? hehe sebab terleka pam untuk pukul 2 tu..
kalau tak mesti bleh dapat 12 ke 15oz..
esok tak boleh ngelat..dekat opis kena 3 buat 3 kali mcm biasa..
sebab pam pagi tak berapa masyuk dah sangat..
boleh buat bekal susu fresh pagi je utk Amni..
kalau ade lebih pun 1-2oz je..
nilah hasil 2 kali pam semalam..



got to go plak.. asben dah sampai..
last but not least.. Salam Ramadhan..