Pengikut blog saya :

Friday 29 March 2013

Kisah ilmu : 10 tips mengajar bayi

 Assalamualaikum..

Diambil dari facebook .. untuk rujukan masa hadapan.

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan.

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar dengan gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

(Sumber: Pa&Ma Disember 2011)

Wednesday 13 March 2013

Kisah makan-makan : Kuih Talam

Assalamualaikum..

rentetan dari cerita Aisy nak kuih talam..
maka balik kampung weekend lepas..
daku telah meminta omak daku buatkan kuih talam ni..
sesambil tu nak belajar le ngan mak..
tapi hampeh ku belajar..
tido adolahhh.. sambil buai amni...
lepas makan pulak tu kannn...
dengan rumah sunyi sepi..
sebab adik beradik n somiku serta anak2 ke kebun durian..
ada aktiviti baru memancing ikan..
nikmattttttttt nya tido..
hampesss je anakmu ni kan makk..
patutnya anak le yang buatkan.. 
ini harap omak pulakk..
sempat la tgk sesikit..
nak share resepi pun daku tak tahu cemana nak tulis..
pasalnya.. mak punye resepi main campak2 kut suka dia..
harammmm xde sukatan..
yang tau bahan2 dia ini aje...

Tepung gandum..
gula
santan pekat
daun pandan
garam

Cara2:
mak kata.. 
1. mula2 ambil 5-6 helai daun pandan, blend sampai hancur...
2. pastu perah kelapa ambil patinya untuk buat kepala kuih yang putih tu..
3.perahan kedua  - perah kelapa bersama daun pandan yang telah diblend tadi..so dapatla lapisan bawah warna hijau tu
4. masukkan tepung secukupnya agak2 dlm 2-3 senduk.. mak kata agak2 le.. ahhh caner tuu?? mak kata lagi.. bila dah masukkan tepung tu gaul rata.. nak cantik blend adunan tu nanti jadik licin.. cuba angkat sesenduk dan tuang semula boleh lihat kepekatan adunan tu.. jangan pekat sangat dan jgn cair sangat..
5. masuk loyang dan kukus sehingga agak keras.
6. untuk kepala putih tu pun sama masukkan tepung sesenduk 2 ikut kepekatan jugak lepas tu kena masukkan garam..
7. lepas adunan hijau dah agak keras .. masukkan adunan putih dan kukus sehingga masak..

mak kata dia kukus selama 1 jam.. cantik la masaknya...
kuih ni kalau simpan semalaman lagi sedap..
sebab kami2 makan esok pagi tu nikmatnya la rasa.. 
mungkin sebab pagi tu dah tinggal sikit so berebutla sedapkan
aisy pulak hanya makan 3 potongan terakhir aje..
geram betull.. orang buatkan untuk dia..
bila suruh makan nanti2 katanya..
lepas tu bila makan yang last tu dia rasa sedap..
memang x dapek la kalo nak lagi..
siap ade anak buah mak minta.. dia x bagi.. 

meh layan gambar kasik terliur skit..
ade masa nak try buat sendiri jugakk..
hijau original tanpa pewarna tiruan..
hanya hijau pandan... sedapnyaaa..



Monday 11 March 2013

Kisah kami: Happy 8th Anniversary..

Assalamualaikum..

hari ini 11/03/2013 genaplah 8 tahun usia perkahwinan kami..
kejapnya rasa (ayat biasa heheh)..
8 tahun yang indah..
dihiasi 3 anugerah cahayamata..
sungguh2 membahagiakan..
terasa hidup ini sudah sempurna..
dengan kasih sayang nya yang tidak berbelah bahagia..
yang sangat sangat redho menerima segala kekurangan daku..
sungguh aku cinta kamu wahai suamiku..
kerana kaulah segalanya untukku..

semoga kasih sayang ini berkekalan hingga kesyurga wahai sayang..

isskk macam takde idea nak merapu nih..
ape pun layan gambar kenangan terindah kami ni..
doakan kebahagiaan kami selamanya..

saat diijabkabulkan..


time ni airmata dah mencurah2.. sebab perasaan bercampur baur.. ayah daku pun mengalirkan airmata saat selesai ijab kabull.. sedih melepaskan tanggungjawab kepada suamiku.. uikkss sebak plak rasa..


saat bersanding dirumah daku.. merahnya makngahh bibirku...slim plak tu.. tapi masa ni pun badan dh start naik.. tp time nak kawin ni susut skit sebab jenuh berdiet..bile le nak dapat berat camni pn jadikla..


majlis kat umah asben..di cheras..eh gemokk plakk... pelamin buatan sendiri.. hasil kerja tangan kawan2 MIL..

seingatnya time kawin 3 kali menangis..
1st - selepas akad nikah
2nd- time mak & ayah tepung tawar daku atas pelamin kat kg..
3rd- masa majlis kat rumah asben masa nak kena tinggal ngan mak & family.. sedihh ooo..

haha tu lah kenangan 8 tahun yang dulu.. 
yang tetap segar dalam ingatan..
semoga kebahagiaan ini berkekalan ke akhir hayat dan sehingga ke syurga..
aminnnn...



Friday 8 March 2013

Kisah Aisy : Aisy & Kuih Talam

Assalamualaikum...

nak dijadikan cerita..
esoknya.. 06/03 aisy pulak lah jatuh..
ntah cemana tengah2 jalan nak gi ke pintu pagar sekolah..
bleh tersadung kaki.. tersemban la anak bujangku kat laluan tu..
tgh2 orang sibukk nak ke sekolah tu..
abis pecah botol air transformers dia sebijik..
dah le botol air tu agak baru..
tu abah dia pimpin dia tu .. boleh gak jatuh..
daku memang tak nampak langsung insiden tu..
sebab tengah susukan dak tecik Amni..
tapi memang perasan apsal lama sangat lak anta dia pagi ni..
bila asben dah masuk kereta dia tanya..
nampak tak aisy jatuh tadi..?
daku : haaaa.. jatuh?? cemana pulak bleh jatuh..?
tu yang asben cerita..
masa nak gerak balik tu nampak la botol air dia kat tepi pagar longkang..

tu kisah jatuh yang kedua..
yang 1st plak.. Isnin lps..balik dari sekolah agama..
turun2 van sekolah.. boleh dia berlari masuk..
tersembam pulak depan pintu pagar jiran sebelah umah uwan dia
luka skit kat lutut kiri tu..
koyak lerrr sikit seluar sekolah agama dia tu kat bahagian lutut kiri..
adoilaaa... dah le baju sekolah agama ada 2 pasang je..
nasib baik le lubang kecik je.. still boleh pakai lagi laa..
memang la kena pegi beli lagi at least 2 psg lagi baju sekolah agama dia tu..
bila tanya kenapa berlari bila turun van tu?
dia jawab: "along nampak kakak auni makan aiskrim.. along kejar la takut dia abiskan aiskrim tuu.."
lerrrr sebab aiskrim jekk.. sian dia..

gambar dari google
ape pulak kaitannya kisah kat atas dengan kuih talam tu??
hmmm gini..pagi tadi MIL cerita..
"along dah dapek dah makan kuih topung talam tu...
ayah kau bolikan kat atas pagi semalam..
mak terpikir... dio asik jatuh tu pasal kempunan nak makan kuih tu...
tu yang mak suruh ayah kau bolikan..
yo dah lamo dio nak makan.. tak dibuek2 an laiee.."
sontap hati acik aaaa... sobab ayat yang last tu memang ditujukan kek acik ni..
MIL memang ada suruh daku buatkan kuih tu..
tapi daku tak ghoti laaa.. 
dah jumpo resepi dah..dan MIL pun dah ade la ajar cara2 nak buat..
tapi main cakap mulut yoo..x kisahla tu sbb memang senang je buatnya..
tapi bolun ado kokuatan nak buek..
tambah takde masa laa..
pehtu kukusan pun takde kat umah tuu..(pergghhh banyaknya alasan..)

siannye anak bujangku..rasa bersalah bersarang kat hati ni..
ingatnye balik kampung esok nak minta mak ajar buat..
MIL citer lagi..semalam dia makan kuih tu dengan semangatnya..
sambil makan nasik sambil makan kuih tu.. 
sampai MIL tegor dia.. "mana 1 nak makan ni.."
memang dia teringin betul makan kuih tu..
lagilahhh bertambah sayu hatiku niii..:`(

sorry ye along.. mama ni tak sensitip langsung pasal keinginan anak2..
asyik dok tunda2 je apa yang along request..
sobb..sobb sedihnya..
memang mama langsung tak terpikir along jatuh sampai 2 kali..
pasal kempunan nak makan kuih talam tu..
maafkan mama sayang...
nanti balik kampung mama buat kuih ni dengan uwan Molah ye..
dan next time mama cuba buat yang terbaik untuk anak2 mama..

*Ya Allah jadikan aku ibu terbaik untuk anak2ku...

Wednesday 6 March 2013

Kisah ku : kerana WhatsApp badan binasa

Assalamualaikum..

ye begitulah bunyi tajuknya...
alkisahnya....
petang semalam masa nak turun tangga opis..
mata ni lekalah tengok henfon..
baca2 msg whatsapp kwn2 skolah teknik dulu..
henfon kt tangan kanan..tangan kiri helmet..
bahu kiri ada cooler bag.. belakang pulak sandang beg pam..
masa nak turun tu dengan confidentnya tak tengok pun anak tangga tu..
kunun dah hafal sangat lah kan..
baru anak tangga pertama..tiba2 salah step..
terlangkau 1 anak tangga..
then badan tak boleh control..
mak jatuh uolss...
bedebuk 10 anak tangga trus sampai bawah..
aksi ape masa jatuh tu pun dah tak ingat..
rasa macam kuak lentang .. 

 gambar ihsan google..
tapi rasa macam kuak kupu2.. (fly like superman.. landing like nangka busuk..)

gambar ihsan google..

tapi seingatnya mcm gambar yg kedua lahhh..
dah jatuh tu cepat2 mak bangun..
mujur takde orang kat tangga tu.. sebab ramai dah balik..
tapi kuat jugak bunyik masa jatuh tu...rasanya dak opis yg masih ade dlm opis tu mesti dengar..
benda 1st check henpon... boleh gitu..??
tengok helmet.. ok.. tak pecah cerminnya..
pehtu terpikir pam pulak.. harap2 tak rosak la..
pehtu baru pikir diri sendiri..
and terus turun tangga seterusnya slowly... 
sambil tu cek2 badan yang mana rasa sakit..
kaki kiri lebam.. lutut dua2 belah sakit n lebam..
kaki kanan pun ade lebam pehtu tangan kanan lebam2 banyak..
lengan kanan pun lebam..

 ok boleh tunjuk gambar kat tangan je.. lain2 aurat..hehe

aduyyaaiii..
pehtu turun pegi ke lobi opis.. rasa sengal2 dah badan ni..
cek lagi badan ni.. sambil2 baca paper..
pehtu baru turun.. elok2 turun asben pun sampai..
cerita la dengan asbenku.. kena gelak okayyy...
mak pun cerita sambil gelak2 gak..
tapi sakitnya Tuhan je yang tahu..

malam tu lepas solat maghrib.. boleh plak terpikir..
kot2 lah ade kecederaan dalaman..ntah2 malam ni malam terakhir gitu..
haaihhh jauh no pikirnyaa... jatuh tangga jek kot..
pehtu pegi kat asben sambil buat lawak gini..

daku : "abang.. anything happenned to me.. jagalah anak kita elok2 ye.. cariklah ibu terbaik untuk dorang... susu adik nanti abiskan susu yg dalam deep freezer tu.. ambik tarikh terawal.." (wahhhh mcm serius gituk bunyiknya..)
asben :"ayang mana boleh pegi dulu"..
daku : (blurrr).." kenapa pulak??.. tapi kalau dah ajal nak buat cemana.."
asben: "utang kereta kita tak abis bayar lagi.. kereta tu kan ayang yang bayar..."
daku : (dalam hati kata.. hampesan punya laki... huhu..) "sabar jeklaaa laki den nii.."

pehtu beliau plak rasa daku macam serius kann.. siap cakap "ayang ni bebetul ke.. ok tak ni??"
tauuu takutt.. sayang gak kat bini dia nih..
of course lerrr daku pun melawak je kan..

so pagi ni.. terasa sakit2 gak badan ni..
dan sume lebam2 pun membongkarkan dirinya..
asben suruh mc je pagi ni..
malam tadi pun siap SMS opismate ... fiza..
kata mungkin MC hari ni.. 
tapi sebab rasa larat lagi nak gi keje.. so gi jugakla..
lagipun I ada banyak report nak kena settlekan..
maka di opis lah daku hari ini..
sebab tu leh update blog... hehe